Page 5 - BULETIN NAINS EDISI KHAS 2022/2023
P. 5

Buletin Nains

           KATA  ALU-ALUAN TUAN


                  PENGETUA SMKDSN








                                                 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
                                                 salam sejahtera.


                                                 Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Allah SWT

                                                 atas limpahan rahmat- NYA , saya diberi ruang
                                                 untuk menukilkan kata-kata aluan dalam BULETIN
                                                 NAINS  EDISI  KHAS.  Terlebih  dahulu,  saya
                                                 ucapkan  setinggi-tinggi  penghargaan  tahniah

                                                 dan  terima  kasih  kepada  Jawatankuasa  Sidang
                                                 redaksi SMK Dato' Shamsudin Nain atas komitmen
                                                 yang diberikan untuk menghasilkan buletin ini.
                                                    .
                        Sistem  pendidikan  kini  berdepan  dengan  pelbagai  cabaran  untuk
          membentuk  generasi  yang  kreatif,  inovatif  dan  kompetitif.  hal  ini
          bersesuaian  dengan  inisiatif  sekolah  dalam  membudayakan  norma  baharu
          pendidikan  dengan  menerbitkan  BULETIN  NAINS  EDISI  KHAS  yang  merupakan

          dokumentasi  rasmi  sekolah  berbentuk  digital  meliputi  program-program  yang
          telah  dilaksanakan  di  peringkat  sekolah.  Buletin  ini  juga  menjadi  medan
          merakam  kejayaan  dan  kecemerlangan  putera  puteri  SMKDSN  dalam  bidang

          Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan juga Kokurikulum.
                Lantaran itu, besarlah harapan saya agar akhbar digital ini dapat
          diterbitkan setiap tahun dan menjadi medium pihak sekolah membentuk jalinan
          dan jaringan dengan ibu bapa dan komuniti luar. Selain itu, ia menjadi salah
          satu  apresiasi  dan  realiti  kemenjadian  murid  dalam  pelbagai  bidang  demi

          menyempurnakan hasrat Sekolahku SEJAHTERA.
                    Akhir kata,
                                          Alpa merenung merahnya kundi,

                                           Karang melati cipta azimat,
                                           Berusaha, Berilmu, Berbudi,
                                            DSN di hati, #berhakhebat.




             TUAN HAJI ISMAIL BIN SAMAH
                         PENGETUA

              SMK DATO' SHAMSUDIN NAIN
                                                                                                           5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10