Page 42 - 1. TAKWIM 2018 & PROFESION (ms 1 - 46)
P. 42
MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 2018 - KJBS
B. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA.
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau mempengaruhi oleh kedudukan social dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka.
C. TANGGUNGJAWA TERHADAP MASYARAKT DAN NEGARA.
1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat atau negara yang bertentangan dengan rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing
mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama.
3. Menghormati masyaraka tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab
sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibubapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan seharian dengan baik.
36

