Page 44 - 1. TAKWIM 2018 & PROFESION (ms 1 - 46)
P. 44
MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 2018 - KJBS
PERATURAN AM GURU
1. ARAHAN AM.
A. Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat
dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan
mematuhi Perintah Am tersebut.
B. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjunginya sebagai
satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan semata-mata.
C. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
D. Semua guru hendaklah menjalankan tugas sebagai satu pasukan – TEAM (Together
Everyone Achieve More)
2. KEDATANGAN
1. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu
persekolahan bermula dan merakam sendiri kehadiran semasa sampai dan sewaktu
balik sekolah.
2. Guru yang bertugas mingguan dikehendaki berada dikawasan sekolah 30 minit
sebelum waktu persekolahan bermula.
3. Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah hendaklah memberikan
kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru juga mestilah memaklumkan kepada
pihak sekolah dengan kadar segera supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.
4. Waktu persekolahan:
Sesi Pagi Tahap 1 Tahap 2
Hari Masa Masa
Isnin - Khamis 7.30 pagi – 12.50 tg 7.30 pagi – 1.20 tgh
Jumaat 7.30 pagi – 11.50 tgh 7.30 pagi – 11.50 tgh
REHAT 10.00 pagi – 10.20 pagi 10.30 pagi – 10.50 pagi
Sesi Petang Tahap 1 Tahap 2
Hari Masa Masa
Isnin - Khamis 12.50 tgh – 6.30 ptg 12.50 tgh – 6.30 ptg
Jumaat 2.00 ptg – 6.30 ptg 2.00 ptg – 6.30 ptg
REHAT 3.10 ptg – 3.30 ptg 3.40 ptg – 4.00 ptg
5. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali
dalam keadaan kecemasan.
38

