Page 45 - 1. TAKWIM 2018 & PROFESION (ms 1 - 46)
P. 45
MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 2018 - KJBS
3. KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN
1. Guru dan staf tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu
persekolahan kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau
arahan dari Jabatan Pendidikan / PPW dengan syarat mendapat kebenaran dari
Guru Besar / Guru Penolong Kanan.
2. Guru dan staf dikehendaki mengisi buku keluar kawasan sekolah di pejabat sekolah
dan dapatkan tandatangan Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum keluar. Sila
isikan waktu balik dan urusan selepas balik.
3. Semua guru hendaklah meninggalkan kerja bertulis kepada pelajar sebelum
meninggalkan sekolah.
4. Guru Besar tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku
terhadap mana-mana guru yang keluar tanpa kebenarannya atau mana-mana
pegawai yang diberi kuasa.
4. PAKAIAN.
1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan.
2. Guru lelaki hendaklah bertali leher dan berbaju kemeja.
3. Baju berlengan panjang tidak dibenarkan dilipat.
4. Berpakaian kemas diluar waktu persekolahan.
5. Guru perempuan tidak dibenarkan berbaju tanpa lengan.
6. Kasut sukan hanya dibenarkan untuk tujuan Pendidikan Jasmani atau aktiviti
seumpamanya.
7. Kakitangan Sokongan dikehendaki berpakaian kemas dan bagi kakitangan sokongan
yang beruniform perlu memakai pakaian yang telah dibekalkan.
Rujukan
1. Surat perkeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil 13/69 bertarikh 26 Disember
1969 (Peraturan pakaian guru di dalam waktu persekolahaan dan luar waktu
persekolahan)
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil,6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 (Peraturan pakaian guru di
sekolah)
3. Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 7/2001 bertarikh 7 Jun 2001(Garis Panduan pakaian guru
ketika bertugas di sekolah.
39

