Page 47 - 1. TAKWIM 2018 & PROFESION (ms 1 - 46)
P. 47

MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 2018 - KJBS

                   7.  REKOD PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
                   •  Guru  bertanggungjawab  menjaga  keselamatan  Rekod  PdPc  kerana  ianya  merupakan

                       Sasaran Kerja Tahunan (SKT) setiap guru kecuali guru bimbingan dan kaunseling.
                   •  Semua butiran hendaklah diisikan dengan kemas, teliti dan lengkap.

                   •  Rekod PdPc ini hendaklah diserahkan ke Pejabat pada hari Jumaat atau hari akhir minggu

                       berkenaan untuk tujuan semakan dan tandatangan oleh Guru Besar / Penolong Kanan.
                   •  Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong

                       Kanan.

                   •  Rekod PdPc hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.
                   •  Laporan polis perlu dibuat bagi guru yang kehilangan buku rekod mengajar.


                   8.  PERHIMPUNAN MINGGUAN / HARIAN.

                       1.  Perhimpunan sekolah adalah Majlis Rasmi Sekolah.
                       2.  Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan mingguan sekolah pada hari Isnin
                          bermula 7.30 pagi / 1.00 tengah hari

                       3.  Guru yang bertugas mingguan diwajibkan berada di perhimpunan harian jam 7.00
                          pagi / 12.30 tengah hari setiap hari pada waktu persekolahan.

                       4.  Guru hendaklah berada di majlis sehingga tamat perhimpunan.
                       5.  Semua guru hendaklah duduk di bahagian hadapan perhimpunan kecuali guru bertugas

                          mingguan dan perhimpunan.
                       6.  Pakaian guru semasa perhimpunan:

                       1.  Guru lelaki hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher.
                       2.  Guru perempuan hendaklah berpakaian kemas, bersopan santun dan tidak memakai
                          selipar dan sandal.


                   9.  ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH.

                          i.     Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara atau majlis rasmi sekolah.
                          ii.    Guru  tidak  dapat  hadir  kerana  sebab-sebab  yang  tidak  dapat  dielakkan

                                 hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar.









                                                                                                                41
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52