Page 1026 - e Prosiding Serai 2021
P. 1026

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                             AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
                                        DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK

                                                  1
                                        Saliza Ali dan Siti Mistima Maat, PhD.  2

                                                       1 SK Keruak
                                            2 Universiti Kebangsaan Malaysia
                                                1 saliroza592@gmail.com



                                                       ABSTRAK


               Peranan guru dalam merealisasikan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 adalah sangat

               penting. Justeru itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan pengajaran dan
               pembelajaran (PdP) abad ke-21 dalam kalangan guru matematik. Kajian ini menggunakan
               rekabentuk kuantitatif sebagai rekabentuk kajian dan temu bual digunakan sebagai sokongan

               dapatan kajian. Seramai 226 guru matematik di daerah Besut dijadikan sebagai sampel kajian
               dan sepuluh orang guru terlibat dalam temu bual. Responden dipilih secara rawak mudah.

               Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistic Package for Sosial Science (SPSS)
               versi 23 dan Atlas ti. 8. Data deskriptif telah dianalisis menggunakan kekerapan, peratus, min
               dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan tahap amalan pengajaran dan pembelajaran

               abad ke-21 pada keseluruhannya berada pada tahap tinggi iaitu min 3.68 dan sisihan piawai
               0.43. Aspek penyelesaian masalah berada pada tahap yang paling tinggi iaitu skor min 3.99
               dan sisihan piawai 0.47 manakala aspek kemahiran teknologi berada pada tahap yang paling

               rendah iaitu memperolehi skor min 3.31 dan sisihan piawai 0.47. Dapatan temu bual juga turut
               menyokong  hasil  dapatan  kajian  tinjuan  ini.  Kesimpulannya,  amalan  pengajaran  dan
               pembelajaran abad ke-21 guru matematik adalah tinggi, dapatan ini menunjukkan bahawa

               guru bersedia mengaplikasikan amalan abad PdP abad ke-21. Namun ada beberapa aspek
               yang  masih  perlu  ditingkatkan.  Justeru  itu  guru  perlu  mengambil  langkah  proaktif  bagi

               mengatasi masalah ini.

               Kata  kunci:  pengajaran  dan  pembelajaran  abad  ke-21,  penyelesaian  masalah,  kemahiran
               teknologi.


               PENGENALAN



               Dalam era abad ke-21, banyak cabaran perlu ditangani oleh sistem pendidikan semua negara.
               Cabaran ini memerlukan perancangan yang mantap dalam mendidik generasi akan datang,

               supaya boleh berfungsi dengan berkesan serta dapat membangunkan masyarakat mereka.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1008
   1021   1022   1023   1024   1025   1026   1027   1028   1029   1030   1031