Page 1031 - e Prosiding Serai 2021
P. 1031

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Data dalam Jadual 4.2 menunjukkan bahawa amalan PdP abad ke-21 dalam kalangan guru
               matematik  bagi  aspek  penyelesaian  masalah  berada  pada  tahap  yang  paling  tinggi

               berbanding amalan kemahiran PdP yang lain, iaitu dengan skor min = 3.99 dan sp = 0.47.
               Manakala aspek kemahiran teknologi berada pada tahap yang terendah dalam amalan PdP
               abad ke-21 iaitu dengan skor min = 3.31 dan sp = 0.47. Secara keseluruhannya skor min bagi

               amalan PdP abad ke-21 guru matematik berada pada tahap tinggi dengan skor min = 3.68
               dan sp = 0.43.



                       Dapatan daripada temubual juga turut menyokong analisis deskkriptif yang diperolehi.
               Misalnya  dapatan  temu  bual  berkaitan  amalan  penyelesaian  masalah  juga  menunjukkan

               peserta mengamalkan pengajaran melalui pendekatan penyelesaian masalah. Pendekatan
               tersebut  dilaksanakan  melalui  teknik  penceritaan  “terang  guna  teknik  penceritaan”  dan
               mengemukakan banyak contoh.” kita buat contoh”.



                       Manakala  dapatan  temubual  berkaitan  aspek  amalan  pelaksanaan  kemahiran
               teknologi dalam kelas pula, peserta temu bual jarang menggunakan teknologi “teknologi tu

               jarang-jarang dilaksanakan “, saya kurang guna “. Biasanya akan menggunakan kemahiran
               teknologi jika kemudahan yang disediakan dan boleh serta mudah digunakan.,” Kemudahan

               agak  terhad.  Kecuali  benda  tu  ada  dah  dalam  bilik  kelas”.  Guru  menggunakan  komputer
               semasa sesi PdP, di samping menggunakan bilik ICT “Kadang-kadang, kita bawa gi bilik ICT”,
               menggunakan  frog  VLE  “setiap  minggu  satu  masa  untuk  penggunaan  frog  VLE,  dan

               pembelajaran atas talian “Pembelajaran atas talian ada jugalah, contoh kita share-share apa-
               apa daripada guru-guru seluruh Malaysia”.



               PERBINCANGAN

               Berdasarkan dapatan kajian, didapati secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan guru

               matematik mengamalkan ke lapan-lapan aspek amalan PdP abad ke-21 di dalam bilik darjah.
               Tahap amalan PdP abad ke-21 guru matematik pada keseluruhannya berada pada tahap
               tinggi.  Dapatan  kajian  ini  selari  dapatan  Amiree  (2016)  dan  Badrul  Hisham  dan  Mohd

               Nasruddin (2016). Perkara ini penting kerana kefahaman guru tentang kemahiran abad ke-21
               boleh membantu dalam menentukan strategi pengajaran terbaik supaya dapat diintegrasikan

               secara berkesan di dalam bilik darjah (Nurzarina & Roslinda, 2017). Namun bertentangan
               dengan dapatan kajian Nooraini dan Abdul Halim (2017) yang menunjukkan tahap kesediaan
               guru matematik masih sederhana dalam mengaplikasikan PdP abad ke-21.








               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1013
   1026   1027   1028   1029   1030   1031   1032   1033   1034   1035   1036