Page 1022 - e Prosiding Serai 2021
P. 1022
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
M X √
N X √
O X √
P X √
Q √ √
R X √
S X √
Pada masa yang sama juga, data telah dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pos
iaitu sebelum dan selepas penggunaan Kad Permainan Snazzy Sets diperkenalkan kepada
para pelajar. Analisis data menunjukkan terdapat perbezaan peratus markah di dalam kedua-
dua ujian pra dan pos. Pengkaji juga mendapati terdapat satu trend peningkatan markah yang
positif selepas penggunaan Kad Permainan Snazzy Sets diperkenalkan kepada pelajar.
Dapatan data yang diperoleh di dalam ujian pra dan ujian pos dipersembahkan di dalam
bentuk carta palang agar trend peratusan peningkatan markah yang diperoleh oleh pelajar
dapat dilihat dengan lebih jelas.
Ujian Pra Ujian Pos
Rajah 3 Carta Palang Dapatan Ujian Pra dan Pos
Berdasarkan carta palang di dalam Rajah 3, pengkaji mendapati peratus markah di
dalam ujian pra yang diperolehi oleh majoriti pelajar adalah sangat rendah iaitu di bawah 40
dengan peratus yang terendah adalah 15 dan peratus yang tertinggi pula adalah 38. Purata
markah pelajar dalam ujian pra adalah 27.3. Manakala, kesemua pelajar didapati telah
melepasi peratus markah melebihi 60 di dalam ujian pos dengan peratus terendah adalah 63
dan peratus tertinggi ialah 81. Purata markah pelajar dalam ujian pos pula ialah 74.1. Dapatan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1004

