Page 1023 - e Prosiding Serai 2021
P. 1023

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               analisis  ini  menunjukkan  bahawa  pendekatan  didik  hibur  menggunakan  Kad  Permainan
               Snazzy Sets turut bersesuaian untuk meningkatkan pencapaian pelajar di dalam tajuk Set.



               KESIMPULAN KAJIAN

               Melalui permainan kad Snazzy Sets, pelajar dapat berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru.

               Keadaan  ini  telah  menggalakkan  interaksi  dua  hala  yang  menjadikan  pelajar  sebagai
               pembelajar aktif untuk berkomunikasi secara Matematik bagi mendorong penguasaan Bahasa

               Melayu mereka. Pelajar juga dapat belajar sambil bermain melalui pendekatan didik hibur
               secara berkolaboratif di dalam kumpulan masing-masing. Kenyataan ini selari dengan KPM
               (2016a)  di  dalam  Dokumen  Standard  Kurikulum  &  Pentaksiran  Bahasa  Melayu  yang

               menyatakan bahawa  pendekatan didik hibur dalam sesi PdPc dapat mewujudkan situasi yang
               santai dan berhibur untuk membolehkan pelajar mencapai sesuatu kemahiran berbahasa.

               Selain  itu,  pengkaji  juga  mendapati  persaingan  sihat  yang  berlaku  bagi  setiap  kumpulan
               pelajar.  Mereka  bersemangat  dan  bersungguh-sungguh  membina  dan  menyusun  ayat
               Matematik  menggunakan  kad  permainan  tersebut  dan  kemudianya  berkomunikasi  untuk

               memberikah hujah tersendiri. Suasana di dalam bilik darjah sangat riuh rendah dengan suara
               pelajar. Kesemua pelajar telah memainkan peranan yang baik di dalam kumpulan masing-
               masing. Pengkaji juga memerhati dan mengalakkan pengunaan ayat Bahasa Melayu yang

               betul semasa pelajar berhujah. Kajian ini diharapkan dapat mendorong penguasaan Bahasa
               Melayu pelajar menjadi lebih baik.


               CADANGAN KAJIAN LANJUTAN



               Memandangkan kad permainan Snazzy Sets di dalam kajian ini tertumpu kepada sebilangan
               kecil, maka kajian lanjutan boleh diperluaskan lagi penggunaannya untuk kumpulan sasaran
               yang lebih besar. Selain itu, kajian seterusnya juga boleh menambah instrumen lain seperti

               ujian Bahasa Melayu serta temubual bagi mendapatkan dapatan kajian yang lebih mendalam
               terutamanya  bagi  aspek  penguasaan  Bahasa  Melayu  pelajar.  Hal  ini  seiring  dengan
               Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Bahasa Melayu untuk melengkapkan pelajar

               dengan keterampilan berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,
               memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial

               dalam kehidupan seharian (KPM, 2016a).







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1005
   1018   1019   1020   1021   1022   1023   1024   1025   1026   1027   1028