Page 1121 - e Prosiding Serai 2021
P. 1121

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               strategik bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar IPG dan pensyarah dalam
               melaksanakan  KPPB.  Hasil  kajian  juga  dapat  menyediakan  program  pengajian  yang

               bermakna  untuk  guru  pelatih  semasa  tempoh  latihan  di  IPG  dan  selanjutnya  apabila
               ditempatkan di sekolah-sekolah sebagai guru permulaan.
                      Bagi Institut Pendidikan Guru (IPG) yang berfungsi melatih siswa guru, dapatan kajian

               ini  dapat  menjadi  satu  panduan  untuk  merancang  proses  PdP  yang  lebih  bermakna  dan
               relevan untuk membekalkan tenaga guru dalam era RI4.0. Kajian ini juga boleh membantu

               IPG membina amalan latihan yang bersesuaian untuk siswa guru dengan amalan KPPB yang
               bersifat  interdisiplin.  Selain  itu,  pihak  IPG  juga  boleh  meningkatkan  kualiti  guru  yang
               dikeluarkan berasaskan pembelajaran yang lebih bermakna dan menyedia guru yang lebih

               profesional bersifat multidisiplin sesuaii dengan era RI4.0.


               Skop dan batas kajian
               Kajian ini hanya dilaksanakan di IPG Kampus Bahasa Melayu yang merintis KPPB pada tahun
               2019  dan  melaksanakan  sepenuhnya  pada  tahun  2020  hingga  kini.  Fokus  kajian  hanya

               tertumpu kepada perbezaan amalan  sebelum dan selepas iiperkenalkan KPPB.

               TINJAUAN LITERATUR


               Pembelajaran Bermakna
               Mengikut  Ausubel  pembelajaran  bermakna  tidak  menekankan  proses  menghafal  tetapi

               pembelajaran bermakna menjadikan pelajar meneroka ilmu baharu dan mengaplikasikan ilmu
               yang diperoleh (Nur Rahmah, 2013). Peranan tenaga pengajar ialah mengembangkan potensi
               pelajar untuk membolehkan belajar secara bermakna dengan ilmu yang relevan. Selain itu

               pembelajaran bermakna akan kekal lebih lama dalam ingatan. Pembelajaran bermakna ini
               adalah lebih penting untuk diamalkan dalam institusi latihan perguruan.


               Kapasiti Pedagogi pembelajaran Bermakna (KPPB)
               Pendidikan abad ke-21 ditekankan dalam Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia  iaitu
               hasrat  utama  ialah  untuk  melonjakkan  pencapaian  murid  melalui  pendekatan  baharu.

               Penekanan terhadap pembangunan pendidikan abad ke-21 ialah berfikiran kritis dan kreatif
               dan perkembangan sahsiah yang holistik (KPM, 2013). Justeru, bagi memenuhi keperluan

               tersebut  terlebih  dahulu  inisiatif  melahirkan  guru  yang  bersifat  kreatif  dan  kritis  perlulah
               menjadi salah satu keutamaan.
                       Fullan, M. & Langworthy, M. (2013), pedagogi baharu untuk pembelajaran bermakna

               merupakan salah satu usaha perkongsian global bertujuan memperbaharui matlamat untuk
               pendidikan dan pembelajaran, termasuk kemahiran yang menyediakan pelajar untuk menjadi



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1103
   1116   1117   1118   1119   1120   1121   1122   1123   1124   1125   1126