Page 1116 - e Prosiding Serai 2021
P. 1116

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               mengikut kehendak diri mereka. Kajian juga ada menyatakan kesan daripada gaya didikan
               permisif ialah anak-anak akan lebih bersikap impulsif, tidak bertanggungjawab, manja, tidak

               mempunyai matlamat, kurang matang bertindak dan lemah dalam pengurusan sosial (Rauf
               dan Ahmad, 2017). Oleh itu, ibu bapa harus berhati-hati dalam memilih gaya didikan terhadap
               anak-anak mereka dengan melihat juga kepada kesan jangka panjang yang mungkin akan

               berlaku kepada pembentukan sikap anak-anak.
                       Seterusnya,  dapatan  kajian  menunjukkan  hanya  24.3%  daripada  ibu  bapa  tidak

               menghadapi sebarang permasalahan semasa pihak sekolah terpaksa melaksanakan proses
               pembelajaran dan pemudahcaraan secara dalam talian. Oleh itu, sebanyak 75.7% ibu bapa
               secara  umumnya  menghadapi  pelbagai  masalah  yang  meliputi  masalah  kemudahan

               peralatan atau peranti, internet, kawalan anak-anak, jadual waktu pembelajaran, penguasaan
               ilmu dan kemahiran ibu bapa berkaitan mata pelajaran serta teknologi dan lain-lain lagi. Di

               peringkat sekolah, hampir 80% pelajar sekolah menengah mempunyai telefon pintar diikuti
               sekitar hampir 36% murid sekolah rendah. Walau bagaimanapun, bagi peranti lain seperti
               tablet, komputer dan komputer riba, jumlah milikan adalah amat rendah iaitu sekitar 5 hingga

               14% sahaja (Hayati, 2020).
                       Prof Madya Dr Mahizer Hamzah (2020) menjelaskan pandemik ini juga telah membuka
               mata  banyak  pihak  mengenai  faktor-faktor  yang  perlu  diberi  pertimbangan  sekiranya

               pembelajaran secara maya perlu dilaksanakan sepenuhnya jika penularan wabak penyakit ini
               berpanjangan. UNICEF melaporkan lebih 1 billion kanak-kanak telah mengalami keciciran
               dalam sistem pendidikan akibat daripada penutupan sekolah dalam tempoh penularan Covid-

               19 ini.  Data-data yang diperoleh juga menunjukkan kekangan yang sama apabila 31% (463
               juta) kanak-kanak  seluruh  dunia tidak  boleh  mengikuti  pembelajaran  secara maya  ekoran

               daripada ketiadaan kemudahan liputan internet dan peranti elektronik. Usaha-usaha ke arah
               mengatasi  cabaran  dan  kekangan  dalam  pendidikan  masa  kini  sebenarnya  mendapat
               tumpuan  pakar-pakar  pendidikan  yang  tidak  berdiam  diri  mencari  jalan  penyelesaian  dan

               alternatif-alternatif demi kelangsungan pembinaan modal insan yang berterusan.

               RUMUSAN


               Rumusan  yang  boleh  dibuat  melalui  kajian  ini  adalah  dalam  memberi  penekanan  dalam
               proses mendidik anak-anak, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka

               supaya anak-anak mendapat bimbingan yang betul. Justeru, ibu bapa perlu mengenalpasti
               potensi  anak-anak  mereka  dalam  pelbagai  bidang  dan  disesuaikan  dengan  pendekatan
               didikan  yang  relevan.  Kemampuan  anak-anak  dalam  bidang  fizikal,  emosi  dan  tahap

               kecerdasan otak dapat disesuaikan dengan kaedah menerapkan didikan yang bakal dilalui.
               Berdasarkan  kajian  di  atas,  kaedah  didikan  autoritatif  dilihat  lebih  sesuai  dan  berkesan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1098
   1111   1112   1113   1114   1115   1116   1117   1118   1119   1120   1121