Page 1126 - e Prosiding Serai 2021
P. 1126

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               interdisiplin dengan kursus-kursus lain yang diambil oleh pelajar dalam semester yang sama.
               Perbezaan  seterusnya,  apabila  mekasanakan  KPPB  pelaksanaan  PdP  mencapai  tahap

               inovatif  sehingga  sebahagian  pelajar  da  pensyarah  boleh  menghasilkan  inovasi  baharu
               melalui pelaksanaan KPPB berkaitan kursus yang dipelajari.
                      Eleman kedua ialah pemanfaatan digital yang telah diperluaskan dalam amalan KPPB.

               Dalam amalan tradisional pemanfaatan digital lebih bertumpu hanya sebagai bahan bantu
               dalam proses PdP. Setelah amalan KPPB diperkenalkan pensyarah dan pelajar sudah mula

               memaksimumkan  pemanfaatan  digital  bukan  semata-mata  sebagai  bahan  bantu.
               Pemanfaatan digital telah digunakan sebagai bahan perantara kepada perkongsian ilmu yang
               diperoleh dalam PdP sehingga luar sempadan kampus. Penggunaan teknologi digital dalam

               pembelajaran  dapat  meningkatkan  minat  dan  motivasi  siswa  dalam  belajar,  kualiti  proses
               pembelajaran,  dan  hasil  pembelajaran,  tetapi  perlu  memperhatikan  berbagai  aspek

               kemampuan sumber daya manusia, keamanan, dan kesihatan guru dan pelajar (Nandang
               Hidayat, Husnul Khotimah, 2019).
                      Bagi  elemen  ketiga  iaitu  rakan  pembelajaran  berjaya  disebarkan  hingga  ke  luar

               sempadan  negara.  Amalan  KPPB  memberi  ruang  kepada  pelajar-pelajar  meneroka  ilmu
               melalui  rangkaian rakan  pembelajaran  yang  lebih  luas  dan  berkongsi  ilmu  bersama-sama
               dengan pakar dalam bidang kursus yang dipelajari. Berbanding dalam amalan tradisional,

               rakan pembelajaran berkisar di dalam bilik kuliah ataupun dalam kampus sahaja.
                      Amalan  KPPB  juga  mengubah  persekitaran  pembelajaran  daripada  hanya  bersifat
               aktif menjadi bersifat lebih aktif, lebih interaktif dan wujudnya usaha bercirikan inovatif dalam

               mengembangkan ilmu melalui kursus yang dipelajari. Sifat inovatif ini selari dengan Dasar
               Perindustrian  Keempat (IR4.0)  Negara  dalam Teras  01 Inisiatif kelima  iaitu  meningkatkan

               pendedahan  kepada  teknologi  RI4.0  dalam  kalangan  generasi  muda  dan  menggalakkan
               inovasi dengan menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai My Digital Maker Champion
               Schools (JPM, 2021). Justeru, pendidikan siswa guru juga haruslah menjurus ke arah inisiatif

               tersebut.  Selain  itu,  melalui  pelaksanaan  KPPB  pembelajaran  di  bilik  kuliah  dan  luar  bilik
               kuliah diperluaskan lagi kepada persekitaran luar kampus sehingga ada yang mencapai tahap

               antarabangsa merentas benua.

               PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN LANJUT


               Peralihan kepada amalan KPPB merupakan tindakan selari ke arah yang lebih baik adalah
               untuk menghasilkan siswa menjadi guru Bahasa Melayu yang lebih berkualiti dan mampu
               mengamalkan  apa  yang  diperoleh  sepanjang  pengajian  dengan  pelbagai  kursus  yang

               ditawarkan.  Berdasarkan  dapatan  kajian,  membuktikan  bahawa  amalan  KPPB  akan
               membantu menjayakan RI4.0 kerana keperluan tenaga manusia yang berdaya saing dapat



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1108
   1121   1122   1123   1124   1125   1126   1127   1128   1129   1130   1131