Page 1122 - e Prosiding Serai 2021
P. 1122
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kreatif sepanjang hayat dan menyelesaikan masalah secara kolaboratif dan menjadi individu
yang sihat, bahagia dan mampu menyumbang kepada kebaikan bersama dalam dunia saling
bergantung sekarang ini.
Proses pengajaran dan pembelajaran di IPG juga perlu berupaya melatih siswa guru
ke arah pemikiran yang kreatif dan kritis dengan amalan KPPB. Mohamad Mohsin Mohamad
Said Jamsari Alias (2013) dalam kajian mereka mengatakan bahawa salah satu implikasi
penting bagi guru ialah mereka perlu membangunkan gaya pengajaran sendiri yang
membantu memupuk kreativiti. KPPB sangat menekankan aspek ini sebagai satu usaha
melahirkan guru-guru yang berkualiti dan tidak bergantung kepada ilmu teras tetapi berupaya
menggunakan pelbagai ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Usaha mengubah pendekatan tradisional kepada pendekatan pengajaran dan
pembelajaran ke arah amalan KPPB merupakan satu strategi yang baik. Dalam kajian oleh
Halimah Harun (2006) guru pelatih yang bersikap positif berminat dalam kerjaya perguruan
serta bermotivasi tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya. Mereka juga menunjukkan
prestasi yang lebih baik semasa latihan mengajar berbanding mereka yang tidak berminat
dan rendah motivasinya. Bagi mengaitkan situasi ini, proses PdP yang dilaksanakan oleh
pensyarah untuk siswa guru perlu membantu melahirkan pengajaran yang bermakna untuk
meningkatkan motivasi para pelajar.
Selain mampu meningkatkan motivasi, antara sebab utama pembelajaran bermakna
adalah penting kerana pelajar yang menggunakan pendekatan seperti itu cenderung untuk
mendapatkan gred yang lebih tinggi, dan mengekalkan, mengintegrasikan dan memindahkan
maklumat pada kadar yang lebih tinggi (Entwistle & Ramsden, 1983; Ramsden, 2003). Selain
itu, pembelajaran bermakna dikaitkan dengan keseronokan pengalaman pembelajaran
manakala pendekatan bersemuka cenderung kurang memuaskan (Tagg, 2003). Justeru,
pensyarah perlu lebih kreatif dalam mereka bentuk proses pengajaran dan pentaksiran di
dalam bilik kuliah agar boleh mewujudkan suasana yang kondusif dalam kalangan pelajar.
Freddy Widya Ariesta (2018), mengatakan terdapat tiga manfaat penting dalam
menerapkan pembelajaran bermakna bagi pelajar iaitu pertama, informasi yang dipelajari
secara bermakna lebih lama dapat diingat; kedua, informasi-informasi baru yang dibangunkan
pelajar akan memudahkan proses belajar berikutnya untuk proses belajar berterusan dan,
ketiga, informasi yang dilupakan setelah menerima struktur pengetahuan baharu akan
mempermudah proses belajar hal-hal yang sama walaupun telah dilupakan.
Pemanfaatan Digital
Amalan KPPB amat menekankan TMK melalui penggunaan pelbagai Objek Pembelajaran
Digital (Digital Learning Object, DLO) iaitu salah satu daripada elemen pemanfaatan digital.
Pemanfaatan digital melalui penggunaan pelbagai sumber serta TMK dalam PdP dapat
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1104

