Page 1183 - e Prosiding Serai 2021
P. 1183

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               mereka. Tambahan pula bekerja dari rumah (BDR) menjadikan guru mempunyai beberapa
               peranan lain pada masa yang sama. Justeru hal-hal yang begini memyebabkan mereka stres.


                       Dapatan hasil daripada tinjauan ini juga mendapati seramai 11.4 % (140 orang) guru
               menyatakan mereka perlu bimbingan dalam aspek pengurusan masalah kesihatan. Terdapat

               dalam  kalangan  guru  yang  mengalami  masalah  kesihatan  fizikal  yang  memerlukan
               perkhidmatan dan bimbingan daripada UPsK seperti penjelasan tentang kedudukan mereka
               jika memohon untuk berada dalam perkhidmatan kumpulan (POOL) atau pun di rujuk kepada

               lembaga perubatan (‘medical board’).

                        Terdapat juga sebanyak 10.5% (129 orang) guru-guru yang memerlukan bimbingan
               bagi  aspek  komunikasi  interpersonal  (‘dealing  with  people’).  Kesukaran  untuk  berurusan

               dengan  orang  lain  juga  menjadi  antara  permasalahan  yang  dihadapi  oleh  guru-guru  dan
               bimbingan  pengurusan  kewangan  diperlukan  oleh  4.5%  guru-guru  di  sini.  Program

               pengurusan kewangan dalam kalangan guru merupakan program yang dilaksanakan setiap
               tahun oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

                       Rumusannya daripada enam kategori yang disenaraikan dalam penulisan ini, terdapat

               juga  bimbingan  yang  boleh  dikendalikan  oleh  ‘Scholl  Improvement  Specially  Coaches’
               (SISC+) terutama  dalam  membantu  41.1% guru-guru  yang memerlukan  bimbingan  dalam
               meningkatkan diri dalam bidang kerjaya mereka.


                       Manakala dalam 5 kategori selebihnya itu UPsK bolehlah merancang pelaksanaan
               program-program  yang  berbentuk  pembangunan,  pemulihan  dan  intervensi  seperti  yang
               terdapat dalam kajian Normazwin Yahya, Halawiah Safinas Ishak, Nordiana Abd Rahim dan

               Halimatun  Saadiah  Usuldin  (2020)  daripada  Bahagian  Psikologi  dan  Kaunseling  (BPsK),
               Kementerian  Pendidikan  Malaysia.  Selaras  dengan  program  minda  sihat  yang  di  tambah

               melalui  sistem  e2PK  di  bawah  penyelarasan  oleh  BPsK,  KPM  ujian  Depression,  Anxiety,
               Stress Survey (DASS 21) dan Ujian Gaya Daya Tahan (UGDT) yang di bina secara digital
               akan menjadi salah satu alat bagi mengukur tahap stres dalam kalangan guru ini di mana

               keputusan  akan  dikeluarkan  sebaik  sahaja  selesai  dijawab  oleh  klien  melalui  emel  yang
               didaftar. Keputusan ini akan menyokong kajian Raja Maria Diana Bt Raja Ali (2011) untuk

               mengkaji  paras  tekanan  kerja  (stres)  dan  mengenalpasti  faktor  yang  menyebabkan  guru
               dalam keadaan stres.

                       Bagi  guru-guru  yang  mempunyai  masalah  kesihatan  pula  kaedah  sesi  kaunseling

               individu  akan  dilaksanakan  untuk  meneliti  dan  mengumpul  maklumat-maklumat  yang
               berkaitan  tentang  klien  supaya  langkah  terbaik  boleh  diambil.  Manakala  program
               pembangunan seperti peningkatan skill dalam komunikasi dan komunikasi interpersonel guru-

               guru agar konsep kendiri mereka lebih positif. Guru-guru yang memerlukan bimbingan dalam

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1165
   1178   1179   1180   1181   1182   1183   1184   1185   1186   1187   1188