Page 1186 - e Prosiding Serai 2021
P. 1186

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021


               PENGENALAN


               Landskap pendidikan terutamanya dari sudut Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) telah
               berubah  ekoran  pandemik  Corona  Virus  Disease  2019  (COVID-19).  Hasilnya,  PdPc

               konvensional  yang  dahulunya  berteraskan  kepada  pembelajaran  di  dalam  kelas  secara
               bersemuka  telah  digantikan  dengan  kaedah  PdPc  secara  dalam  talian  sepenuhnya.
               Kebanyakan universiti tempatan baik awam mahupun swasta termasuk sekolah-sekolah di

               Malaysia tiada pilihan lain dengan menggunakan kaedah PdPc secara maya bagi memastikan
               silibus pengajaran dapat disampaikan dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak
               ditangguhkan (Mohd Idham, 2020).

                      Pembelajaran  dalam  talian  berkait  rapat  dengan  kemahiran  dan  kepakaran
               pengurusan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) seseorang guru. Hal ini kerana untuk
               mengendalikan sesebuah kelas secara dalam talian dengan lancar, seseorang guru harus

               mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas tentang pelbagai pelantar pembelajaran
               dalam talian seperti Google Classroom, Google Meet, Meeting Zoom, Telegram, Whatsapp

               dan banyak lagi medium yang berkaitan yang merupakan salah satu cabang dalam TMK.
               Semua perkara ini memaksa guru-guru untuk sentiasa bersedia dengan ilmu dan kemahiran
               tersebut. Namun persoalan yang timbul adakah siswa guru yang bakal menjalani praktikum

               telah bersedia untuk mengendalikan PdPc secara dalam talian.
                      Siswa  guru  praktikum  bakal  menghadapi  banyak  cabaran  sewaktu  menjalankan

               pembelajaran dalam talian sama ada cabaran tersebut datang daripada pihak guru itu sendiri
               mahupun  daripada  pihak  murid-muridnya.  Meskipun  sebahagian  pensyarah  dan  pelajar
               pernah  menggunakan  aplikasi-aplikasi  pembelajaran  secara  dalam  talian,  tetapi  masih

               terdapat cabaran besar dalam pelaksanaannya (Rana, Rajiv, dan Lal 2014).  Antara contoh
               masalah  utama  terhadap  siswa  guru  praktikum  ialah  mereka  yang  berada  di  kawasan
               pedalaman yang kebolehcapaian Internetnya rendah dan tidak stabil. Ketidakstabilan capaian

               Internet  menyebabkan  proses  PdPc  terganggu  seperti  tidak  dapat  menyediakan  pelantar
               dalam talian bagi tujuan PdPc, tidak dapat memuat naik bahan pembelajaran, dan tidak dapat
               berkomunikasi dengan murid-murid bagi tujuan pembelajaran bersemuka. Kesannya amat

               besar terhadap pencapaian siswa guru praktikum sewaktu penilaian hendak dilakukan oleh
               para pensyarah.  Sudah pasti mereka yang dapat menyediakan pengajaran dalam talian tanpa

               masalah  Internet  dapat  memberikan  persembahan  pengajaran  yang  terbaik  dan  dapat
               memperoleh markah cemerlang.
                      Cabaran yang bakal dihadapi oleh para siswa guru ini mungkin juga menguji emosi

               dan sikap mereka sewaktu berpraktikum. Kajian Jung, Kudo, dan Choi (2012) menjelaskan
               bahawa pelajar yang melalui proses pembelajaran secara dalam talian menghadapi masalah



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1168
   1181   1182   1183   1184   1185   1186   1187   1188   1189   1190   1191