Page 1196 - e Prosiding Serai 2021
P. 1196

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERAPAN ELEMEN KAPASITI PEDAGOGI
                 PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB) TERHADAP PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
                           DALAM KALANGAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU

                                                               1
                                                                                        2
                                 Mohd Zaharuddin Omar, PhD  dan Salma binti Razak

                            1, 2 IPG Kampus Dato Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus Terengganu
                                                                                        2
                                                                1
                                 zaharuddin.omar@ipgm.edu.my ,  salma@ipgm.edu.my


                                                       ABSTRAK


               Pelaksanaan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) secara meluas di peringkat
               IPG kampus memerlukan kefahaman dan sifat keterbukaan dalam kalangan pensyarah dan

               pelajar untuk menerima pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini
               bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap Bermakna (KPPB) dalam pelaksanaan

               pentaksiran kerja kursus. Seramai 75 orang pensyarah daripada 10 jabatan akademik telah
               menjawab soalan soal selidik yang dilaksanakan secara tinjauan dan diedarkan secara atas
               talian menggunakan google form. Analisis kuantitatif digunakan untuk mendapatkan jawapan

               kepada empat objektif. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah IPGKDRI tahap kefahaman
               yang tinggi dalam semua persoalan kajian tentang merancang dan membina tugasan kerja

               kursus, menentukan elemen 6C, dan menetapkan pelan pembelajaran untuk dilaksanakan
               oleh pelajar dalam pelaksanan kerja kursus secara KPPB. Semua item berada pada tahap 3
               (sederhana tinggi) dan 4 (Tinggi) iaitu 8/23 (34.7%) item berada pada tahap sederhana tinggi

               dan 15/23 (65.3%) item berada pada tahap tinggi. Julat min ialah antara min 3.78 hingga 4.50
               iaitu pada tahap faham dan sangat faham. Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan
               positif  yang  sederhana  (r  =  0.232;  sig.  0.045)  antara    kekerapan  menyertai  bengkel  dan

               kekerapan membuat tugasan kerja kursus terhadap kefahaman pensyarah dalam membina
               tugasan  kerja  kursus.  Keseluruhannya,  kajian  ini  menunjukkan  usaha  berterusan  pihak
               pengurusan di IPGKDRI untuk memberi kefahaman dan kemahiran kepada pensyarah dalam

               merialisasikan  pelaksanaan  KPPB  sebagaimana  saranan  pihak  IPGM  telah  dapat  dicapai
               dengan jayanya. Dicadangkan agar pelaksanaan diperluaskan kepada pensyarah yang masih

               belum pernah membina kerja kursus secara KPPB untuk memberi pengalaman, pengetahuan
               dan kemahiran kepada semua pensyarah.



               PENGENALAN


               Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) atau New Pedagogies for Deep Learning
               (NPDL)  merupakan  salah  satu  dasar  Transformasi  Institut  Pendidikan  Guru  (2016-2025).
               Pelaksanaan KPPB secara meluas diperingkat IPG kampus memerlukan kefahaman dan sifat


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1178
   1191   1192   1193   1194   1195   1196   1197   1198   1199   1200   1201