Page 1216 - e Prosiding Serai 2021
P. 1216

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               secara  mudah,  cepat  dan  berkesan.  Kajian  menggunakan  kaedah  soal  selidik  untuk
               mendapatkan data bagi mencapai objektif.  Temu bual akan dilakukan apabila kerja lapangan

               dijalankan  hal  ini  untuk  mendapatkan  maklumat  tambahan  tentang  masalah  dalam
               kecenderungan  kemahiran  membaca  buku  bahasa  Melayu  bersama  guru  mata  pelajaran
               bahasa  Melayu.  Pemerhatian  untuk  memerhatikan  tingkah  laku  dalam  kajian  ini  dengan

               secara langsung terhadap pelajar yang membaca buku bahasa Melayu. Selain itu, pengkaji
               menggunakan kaedah tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan digunakan dalam

               bidang  pendidikan.  Kaedah  tinjauan  digunakan  untuk  mendapatkan  maklumat  daripada
               responden yang ramai, iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican, 2006).  Data ini
               pengkaji dikumpulkan dengan bukti rekod inventori peralatan yang dibekalkan ke sekolah.

               Data mentah yang diperoleh dianalisis menggunakan empat kaedah; iaitu (1) Pemerhatian
               pengkaji akan memerhatikan  tingkah laku pelajar terhadap buku bahasa Melayu. (2) Temu

               bual pengkaji akan berkomunikasi dengan pelajar secara langsung. (3) Data soal selidik Soal
               selidik merupakan salah satu instrumen yang popular digunakan, boleh mendapat data yang
               lengkap  dan  jitu  (Creswell,  2012)  serta  menjimatkan  masa  dalam  mengutip  data  dan

               menganalisis  data.  Soal  selidik  mengandungi  20  item  bagi  mengenal  pasti  persepsi  dan
               amalan KPP responden. Skala likert lima mata digunakan, 1=Sangat Tidak Bersetuju, 2=Tidak
               Bersetuju,  3=Kurang  Bersetuju,  4=Bersetuju  dan  5=Sangat  Bersetuju.  Analisis  statistik

               deskriptif dijalankan untuk mendapatkan bilangan dan peratusan bagi bahagian demografi.
               Berdasarkan  statistik  deskriptif  tersebut  pengkaji  dapat  menerangkan  frekuensi  min  dan
               peratusan bagi semua data yang terdapat dalam instrumen ini.



               DAPATAN KAJIAN


               Dapatan kajian diperincikan berdasarkan reka bentuk kualitatif. Maklumat responden yang
               terlibat dalam kajian ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

                                              Maklumat Responden             Kekerapan(%)

                Jantina                       Lelaki                         40.0
                                              Perempuan                      60.0

                Umur                          16 hingga 18 tahun             77.5
                                              19 hingga 21 tahun             22.5

                Pekerjaan Ibu dan Bapa        Nelayan                        15.0
                                              Petani                         22.5
                                              Suri rumah                     37.5
                                              Penoreh Getah                  25.0

                                          Jadual 1 Demografi responden (N=40)



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1198
   1211   1212   1213   1214   1215   1216   1217   1218   1219   1220   1221