Page 1221 - e Prosiding Serai 2021
P. 1221
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PERSPEKTIF GURU TERHADAP PELAKSANAAN PROGRAM DUAL-LANGUAGE
(DLP): REALITI ATAU FANTASI?
3
1
Ashairi Suliman , Mohamed Yusoff Mohd Nor dan Melor Md Yunus
2
1 Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (ash860629@gmail.com)
2, 3 Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Program Dual-Language (DLP) menjadi sebuah agenda untuk membentuk dan membina
keupayaan dwibahasa di kalangan pelajar. Dalam konteks pendidikan Malaysia, DLP
memfokuskan kepada penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium perantara dalam
pembelajaran dan pengajaran subjek sains dan matematik. Bertunjangkan kepada polisi
Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),
pelaksanaan DLP perlu dikaji dan dianalisa dari sudut pandangan guru sebagai agen
pemudahcara. Dengan mengambil kira tempoh pelaksanaan yang telah memasuki tahun
keenam, kajian ini mengutarakan persepsi, pandangan serta cabaran dalam pelaksanaan
DLP. Untuk itu, seramai 435 orang guru DLP subjek sains dan matematik seluruh negara telah
terlibat dalam kajian ini yang mengaplikasikan penggunaan soal selidik, soalan terbuka
tertutup serta perbincangan kumpulan berfokus. Dapatan mendapati walaupun guru
mempamerkan persepsi positif terhadap program ini, beberapa permasalahan utama turut
diutarakan. Isu dan cabaran yang dizahirkan perlu ditambah baik serta dimurnikan untuk
memastikan kelancaran pelaksanaan program ini. Malah, fungsi guru sebagai agen
pemudahcara dalam proses pembelajaran perlu dititikberatkan demi memastikan kesediaan
pelajar berada pada tahap yang sewajarnya. Secara konklusinya, peranan guru dalam
menjayakan program ini amatlah penting dan perlu diberi sokongan berterusan.
Kata kunci: Program Dual Language (DLP); guru; pendidikan dwibahasa; Bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua
PENDAHULUAN
Keperluan untuk melahirkan pelajar dwibahasa dalam persekitaran sekolah dilihat semakin
meningkat. Pendidikan dwibahasa ialah sebagai satu langkah integrasi dalam mewujudkan
kesaksamaan dan memupuk komunikasi sosial (Shah & Ahmad, 2007). Pendidikan
dwibahasa bertujuan untuk memperkenalkan pelajar bukan penutur jati kepada persekitaran
akademik bahasa Inggeris dengan mengajar kandungan dalam bahasa ibunda mereka
(Freeman, 1996). Pembelajaran dwibahasa bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1203

