Page 1228 - e Prosiding Serai 2021
P. 1228

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               harapan mereka  agar  pihak  berkuasa  dapat  menyelesaikan  masalah  ini  secepat mungkin
               kerana ia mempunyai impak yang signifikan ke atas guru dan pelajar yang terlibat dalam DLP.


                       Kajian ini menunjukkan bahawa persepsi guru mengenai kemahiran bahasa,  tahap
               keyakinan  dan  respons  pelajar  terhadap  DLP  adalah  positif.    Namun,  terdapat  beberapa

               masalah  yang  perlu  ditangani  untuk  memastikan  kejayaan  DLP.  Isu  pertama  melibatkan
               penguasaan  bahasa guru. Oleh kerana  responden  bukanlah guru  Bahasa  Inggeris, tahap

               penguasaan  Bahasa  Inggeris  mereka  mungkin  lebih  rendah  berbanding  guru  bahasa.
               Dapatan  ini  disokong oleh  Braden  et  al.  (2016),  yang  berpendapat  bahawa  peranan guru
               dalam  program  DL  telah  menjadi  semakin  kompleks  kerana  mereka  perlu  mengajar

               kandungan  akademik  sambil  menyokong  perkembangan  bahasa  Inggeris  pelajar.  Selari
               dengan  matlamat    penggunaan  bahasa  Inggeris  sebagai  bahasa  pengantar  untuk

               meningkatkan  pembelajaran  bahasa  dan  kandungan,  guru  perlu  dilengkapkan  dengan
               kemahiran  berbahasa  Inggeris  dan  kemahiran  mengajar,  sama  seperti  pelajar  yang  perlu
               mempelajari maksud, kandungan serta bahasa sasaran (Jiang, Zhang & Mei, 2019; Cuenca

               &  Moore,  2018).  Dapatan  ini  juga  disokong  oleh  kajian  Dimova  and  Kling  (2018)  yang
               melaporkan     responden    menghadapi  kesukaran       dalam  aspek     tatabahasa    dan
               perbendaharaan. Guru yang lemah dalam Bahasa Inggeris mungkin menjejaskan pengajaran

               yang berkesan kerana guru tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa sasaran.

                       Penggunaan  strategi  dwibahasa  perlu  dihadkan  untuk  mengelakkan  kekeliruan

               pelajar.  Cadangan  ini  diambil  kira  bagi  memastikan  perkembangan  bahasa  sasaran  yang
               optimum  melalui  DLP.  Ini  selari  dengan  kajian  terdahulu  melibatkan  penggunaan  strategi

               dwibahasa (Lee & Jeong, 2013; Mokiwa & Msila, 2013; Lo, 2015; Tavares, 2015; Domingo,
               2016). Guru menggunakan strategi dwibahasa untuk mengajar apabila pelajar mempunyai
               penguasaan bahasa Inggeris yang terhad terutamanya apabila  guru dan pelajar berkongsi

               bahasa ibunda yang sama. Strategi ini dapat meningkatkan keyakinan guru di dalam kelas.
               Mthiyane  (2016)  berpendapat  bahawa  kurangnya  keyakinan  untuk  menggunakan  bahasa

               Inggeris dalam pengajaran menyebabkan guru mengamalkan peralihan kod. Kapasiti bahasa
               ibunda yang digunakan dalam proses pengajaran harus dihadkan dengan jelas. Penggunaan
               bahasa pertama di dalam kelas boleh menyebabkan penggunaan yang berlebihan dan  ini
               boleh mempengaruhi pengajaran bahasa kedua (Wach & Monroy, 2019).


                       Guru  juga    digalakkan  untuk  mengikuti  kursus  pemantapan  bahasa.  Kekurangan

               latihan  secara  konsisten  akan  menyebabkan  guru  kurang  berupaya  untuk  memenuhi
               keperluan pelajar. Oleh itu, latihan berterus diperlukan untuk memastikan kejayaan DLP dan
               meningkatkan  keyakinan  pelajar  terhadap    kemahiran  berbahasa  Inggeris  (Braden  et  al.,


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1210
   1223   1224   1225   1226   1227   1228   1229   1230   1231   1232   1233