Page 140 - e Prosiding Serai 2021
P. 140
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Refleksi Kajian
Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/ Penilaian
PLC ini telah dilaksanakan sebanyak enam siri selama satu minggu. Selepas PLC guru-guru
diminta mengisi borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang
keberkesanan PLC KK. Berdasarkan pemerhatian saya, PLC KK berjaya membantu guru-guru
menguasai kemahiran penguruasn kelas
Mereka lebih yakin mencuba menggunakan GC dan dapat mengadakan pengajaran atas
talian dengan menggunakan Google Meet. Pentadbir sekolah telah memberikan komen
membina, dorongan dan sokongan terhadap usaha saya.
Komen-komen barisan pentadbir:
"…sangat menarik dan bermanfaat kepada guru”
“…gembira dan Berjaya”
“…ok very good”
“…motivated”
“…sangat menarik dan membantu pembelajaran online”
“…saya telah memahami tapi belum menguasai keseluruhannya”
“…banyak ilmu dikongsikan”
“…sangat gembira”
Keputusan
Jadual 1 menunjukkan kejayan 42 orang guru telah berjaya membuka semua kelas dalam GC.
Terdapat 4 orang yang masih belum dapat membuka kelas kerana masalah tenikal dan juga
pencapaian Internet.
Selepas mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru tentang pengurusan GC, saya telah
merancang PLC KK yang dapat memberi bimbingan dan Latihan guru dalam kumpulan besar
atau kumpulan kecil. PLC KK telah memberi impak yang tinggi dalam menangani masalah
yang dihadapi oleh guru berdasarkan perbandingan bilangan kelas yang telah dibuka dalam
Soal Selidik Awal dan Soal Selidik Pasca seperti Jadual 1.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 122

