Page 145 - e Prosiding Serai 2021
P. 145
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KESEDIAAN SISWA GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU TERHADAP
PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM MATA PELAJARAN SAINS
Nur Farrah Anis F, Nur Afiqah Hazirah D, Mohamad Sarihi M.D, Fouziah M dan Mohd
Hasif Aiman S
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
farrah17-1125@epembelajaran.edu.my
ABSTRAK
Seiring dengan perkembangan pendidikan abad ke-21, guru merupakan penggerak utama
untuk memastikan keberkesanan dasar-dasar pendidikan negara pada peringkat sekolah.
Pembelajaran Koperatif merupakan suatu kaedah yang membantu murid memperoleh
pembelajaran bermakna khususnya dalam pendidikan Sains. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti tahap kesediaan siswa guru Sains Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia
daripada aspek pengetahuan (kognitif) dan kemahiran (psikomotor) terhadap pelaksanaan
kaedah Pembelajaran Koperatif dalam mata pelajaran Sains. Kajian ini melibatkan seramai
143 orang siswa guru Sains Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan daripada empat buah
Institut Pendidikan Guru. Reka bentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif ini menggunakan
soal selidik sebagai instrumen kajian. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Sciences versi 26.0 dan dinyatakan dalam bentuk min dan
sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan kesemua tahap kesediaan pengetahuan dan
kemahiran siswa guru untuk melaksanakan kaedah Pembelajaran Koperatif dalam mata
pelajaran Sains adalah tinggi dengan nilai masing-masing (min = 4.57, sp = 0.37) dan (min =
4.47, sp = 0.47). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kesediaan siswa guru daripada
aspek pengetahuan dan kemahiran amat penting dan diperlukan untuk mengaplikasikan
kaedah Pembelajaran Koperatif agar pengajaran dan pembelajaran Sains dapat dilaksanakan
dengan lebih efektif. Konklusinya, penyelidik dapat memberi kesimpulan secara total bahawa
siswa guru positif bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan
Pembelajaran Koperatif dalam mata pelajaran Sains di sekolah rendah.
Kata kunci: Pembelajaran Koperatif (PK), kesediaan siswa guru, pengetahuan, kemahiran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 127

