Page 143 - e Prosiding Serai 2021
P. 143
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Hasil perkongsian dan temu bual dengan guru dan pendedahan dalam kursus Kajian
Tindakan juga mendapati guru-guru menyatakan bahawa PLC KK dapat membantu mereka
dalam pengurusan pengajaran dengan meggunkan GC dan GM.
PERBINCANGAN
Selepas menjalankan kajian ini, saya berasa amat berpuas hati dan bangga yang tidak
terhingga. Kelainan daripada gaya routin pengajaran dan pembelajaran memberi impak yang
besar kerana murid menunjukkan minat dan semangat belajar yang sangat tinggi semasa dan
selepas kajian ini. Malah ada guru yang meminta saya adakan PLC tentang applikai interaktif
yang dapat menarik minat belajar.
Saya berpendapat inisiatif dan dorongan rakan sekerja guru adalah amat penting dalam
memastikan proses penjaran dan pembelajaran.
Aktiviti PLC TS memperkasakan penggunanan GC dalam dalam kajian ini bertujuan
menyediakan platform pembelajaran yang menyeronokkan, di samping meningkatkan intelek,
emosi dan minat pelajar secara berkesan. Situasi ini telah memberi motivasi murid untuk turut
serta dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, penglibatan murid
dalam aktiviti pembelajaran juga dapat ditingkatkan.
CADANGAN UNTUK TINDAKAN SETERUSNYA
Untuk kajian yang akan datang, saya bercadang untuk mengekalkan kaedah ini untuk
memberi perkongsian tentang isu menghasilan pdp yang interaktif. Keseronokan belajar dapat
menyediakan murid untuk meneruskan pembelajaran ke aras yang lebih tinggi. Pengkajian
yang akan datang juga boleh memperbaiki dan memperkemaskan lagi kaedah ini dengan
memberi ruang untuk guru membuat perbentangan.
RUJUKAN
Bloom B. S (1968), Learning of Mastery: Evaluation Comment (UCLA-CSIEP)
Othman Talib (1999). Keberkesanan Kaedah Penyepaduan Peta Konsep Dalam Pengajaran
Kimia Terhadap Pencapaian Pelajar Matrikulasi. Kuala Lumpur: Universiti Putra
Malaysia
Koballa, T. R. (1988). Attitude and related concepts in science education. Science Education.
Baraton: University of Eastern Africa
Roslina Abd Karim & Zanaton Iksan. Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek Ke Atas
Pengetahuan, Sikap Dan Tingkah Laku Murid Tahun 5 Terhadap Tajuk Tenaga. Kuala
Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 125

