Page 15 - e Prosiding Serai 2021
P. 15

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               SEKAPUR SIREH
               REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU
               MALAYSIA


               Alhamdulillah,  setinggi-tinggi  rasa  syukur  kepada  Yang  Maha  Esa
               kerana  dengan  izin-Nya,  kita  diberi  ruang  dan  kesempatan  untuk
               bersama-sama menjayakan Seminar Penyelidikan dan Pertandingan

               Inovasi  Peringkat  Antarabangsa  IPG  Kampus  Dato’  Razali  Ismail
               2021 (Serai 2021) meskipun dunia dilanda wabak Covid-19.


                   Bahasa Melayu sentiasa relevan dalam daya fungsinya mengungkapkan tamadun ilmu
               sejak  zaman  kegemilangannya,  dan  sewajarnya  terus  dimartabatkan  pada  kedudukannya
               yang  sebenar.  Bahkan ciri-ciri keterbukaan  yang  dimiliki,  bahasa  Melayu  dapat menerima

               pengaruh bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan
               dinamik merentas zaman. Tidak hairanlah bahasa tercinta ini pernah berupaya menjadi lingua
               franca di persada antarabangsa  dan sebagai bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu dan

               Nusantara.

                   Usaha  memperkasakan  bahasa  Melayu  telah  dilakukan  oleh  pelbagai  pihak  bagi

               memartabatkan  bahasa  Melayu  di  negara  Malaysia.  Sehubungan  dengan  itu,  Institut
               Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail (IPGKDRI) telah mengambil satu inisiatif sebagai
               satu  langkah  anjakan  paradigma  dalam  menerajui  kecemerlangan  pendidikan  guru  telah
               memperkenalkan Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa

               atau turut dikenali sebagai Serai 2021.

                   Melihat  kepada  tema  yang  dibawa  bagi  Serai  2021  iaitu  ‘Bahasa  Melayu  Wahana

               Penyampaian Ilmu’, maka bertepatan dengan tujuan Serai 2021 dilaksanakan adalah untuk
               menjana idea-idea kreatif dan inovatif serta dapat membina jaringan dan jalinan ilmu melalui
               pentas perkongsian ilmu secara maya dalam kalangan penyelidik di seluruh dunia. Dalam

               pada itu, penganjuran Serai 2021 secara dalam talian juga dapat memberikan pengetahuan
               dan  peluang  kepada  peserta  untuk  merasai  pengalaman  membentangkan  hasil  kajian
               penyelidikan dan inovasi pada peringkat antarabangsa.


                   Saya  difahamkan  bahawa  Serai  2021  telah  menarik  minat  para  penyelidik  dari  serata
               pelosok negara termasuk Indonesia dan Thailand untuk turut sama berkongsi idea inovasi

               pendidikan  dan  penyelidikan.  Jalinan  hubungan  antara  negara  sebegini  mampu  dijadikan
               medium  untuk  memperkasakan  bidang  pendidikan,  penyelidikan  dan  inovasi  di  seantero
               dunia.  Wujudnya  hubungan  antarabangsa  ini  dapat  merealisasikan  hasrat  Kementerian

               Pendidikan Malaysia untuk melahirkan pendidik yang memiliki kompetensi yang tinggi serta
               prestasi yang mantap dalam mendepani arus globalisasi yang kian mencabar.


                 e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                       xi
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20