Page 17 - e Prosiding Serai 2021
P. 17
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
SEULAS PINANG
PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
Saya ingin melafazkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
kebesaran kurniaan-Nya, Seminar Penyelidikan dan Pertandingan
Inovasi Peringkat Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato’ Razali Ismail (Serai 2021) ini dapat kita jayakan pada tahun
ini. Dalam situasi negara menghadapi pandamik Covid-19,
IPGKDRI masih berupaya melaksanakannya. Hal ini disebabkan sokongan padu daripada
semua pihak terutama Yang Berusaha, Dr. Rusmini binti Abu Bakar, Rektor IPGM dan semua
Jawatankuasa Serai 2021.
Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Perancangan dan ketentuan-Nya adalah
yang terbaik buat kita. Seminar ini sepatutnya dilaksanakan pada pertengahan tahun 2020.
Akibat pendamik COVID-19, maka kita tangguhkan pelaksanaannya pada satu tarikh baharu
yang lebih sesuai supaya kita semua lebih bersedia dengan norma baharu. Apa yang
menakjubkan, sambutan dan penglibatan pelbagai pihak sama ada dari dalam dan luar
negara dalam seminar ini sangat memberangsangkan.
Kami amat bangga kerana menerima penyertaan yang amat menggalakkan daripada
dalam dan luar negara. Sebanyak 114 penyertaan kertas penyelidikan untuk pembentangan
seminar penyelidikan iaitu 30 penyertaan kategori guru sekolah, 36 penyertaan kategori
pelajar IPT, 38 penyertaan kategori IPG, 4 penyertaan kategori IPT dan 6 penyertaan
Politeknik/ Matrikulasi. Manakala bagi pertandingan inovasi, telah menerima 429 pernyertaan
iaitu 86 penyertaan kategori pensyarah IPT, 155 penyertaan kategori guru, 159 penyertaan
kategori, 10 penyertaan kategori murid sekolah menengah dan 19 kategori murid sekolah
rendah. Kedua-duanya menerima penyertaan dari luar negara iaitu daripada Princess of
Naradhiwas University, Thailand, Universiti Thaksin Thailand, Universiti Riau Indonesia dan
STAI Nurul Ilmi Tanjung Balai Medan Indonesia.
Secara kolektif, kita berusaha mengangkat tema “Bahasa Melayu Wahana
Penyebaran Ilmu” ini sebagai satu usaha murni untuk menyambung legasi tamadun bangsa
yang telah dimulakan sejak zaman kerajaan Sriwijaya pada abad ke-7 dan kemuncak
perkembangkannya pada zaman keagungan Islam di alam Melayu. Kini, bahasa Melayu terus
berkembang selari dengan perubahan zaman dan selayaknya dimartabatkan pada
kedudukan tertinggi sebagai mana kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi negara Malaysia.
Penzahiran yang berkualiti dan terbaik daripada Serai 2021 tentunya akan melahirkan
modal insan yang berketrampilan dan berupaya menangani cabaran-cabaran pendidikan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 xiii

