Page 16 - e Prosiding Serai 2021
P. 16

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                   Selari dengan misi IPGM, Serai 2021 juga mampu melahirkan guru yang kompeten dan
               berjiwa  pendidik  melalui  program  pembangunan  guru  yang  dinamik  ke  arah  pendidikan

               sekolah yang bertaraf dunia. Saya yakin dengan adanya penyertaan guru-guru sekolah dalam
               seminar  ini  mampu  melatih  guru  untuk  sentiasa  berfikiran  luar  kotak  dalam  menghadapi
               pelbagai senario dan cabaran pendidikan pada masa hadapan.


                   Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
               Serai 2021. Semangat dan komitmen sebeginilah yang perlu ada dalam diri setiap warga yang

               berjiwa  pendidik.  Kepada  seluruh  warga  IPG,  saya  mengucapkan  selamat  maju  jaya,
               tingkatkanlah usaha dan bekerjalah dalam satu pasukan untuk meningkatkan kecemerlangan
               pendidikan perguruan demi masa depan negara. Besar harapan saya supaya warga pendidik

               sentiasa kompeten dalam mengetengahkan pelbagai cetusan idea penyelidikan dan inovasi
               dalam  memastikan  sistem  pendidikan  kita  sentiasa  berada  satu  langkah  ke  hadapan.
               Jadikanlah usaha ini sebagai agenda penting dalam pembangunan modal insan bagi negara

               yang kita cintai.

                   Penyelidikan dan Inovasi  melalui pentas maya Serai 2021 ini merupakan suatu langkah

               proaktif dan bijak selaras dengan pembudayaan penyelidikan dalam pendidikan pada masa
               kini.  Semoga  pihak  IPG  terus  konsisten  dan    istiqamah  dalam  usaha  memastikan
               kelangsungan  pentas  perkongsian  ilmu  sebegini  pada  tahun-tahun  akan  datang.  Saya

               mewakili IPGM sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat
               dengan Serai 2021.




               Sekian, terima kasih.







               DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD

               Rektor
               Institut Pendidikan Guru Malaysia
               Kementerian Pendidikan Malaysia

















                e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                       xii
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21