Page 424 - e Prosiding Serai 2021
P. 424

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                penentu kepada keputusan keseluruhan dalam peperiksaan mata pelajaran tersebut. Jika baik
                penulisan karangan seseorang calon, peluang untuk calon tersebut mendapat keputusan yang

                baik dalam mata pelajaran tersebut juga adalah cerah.
                        Namun demikian, terdapat sebilangan murid di sekolah menengah yang gagal menulis
                perenggan pendahuluan karangan dengan baik.  Hal ini diakui oleh Nurul Aisyah, Mahamod &

                Nor Azwa Hanum (2016) yang menyatakan bahawa kesukaran murid menulis perenggan isi
                dan perenggan pendahuluan dalam menulis karangan mempengaruhi mereka menghasilkan

                penulisan yang baik. Terdapat sebilangan murid yang menulis pendahuluan tanpa ada satu
                panduan yang konkrit atau boleh dijadikan rujukan.
                        Situasi  ini    menyebabkan  murid  tidak  dapat  menghasilkan  perenggan  pendahuluan

                denagan baik dan mempengaruhi penulisan karangan seperti yang didapati oleh Nurul Aisyah,
                Mahamod & Nor Azwa Hanum pada tahun 2016.  Sehubungan dengan itu, kaedah menulis

                pendahuluan karangan menggunakan inovasi ‘TeH AtUk’ telah diperkenalkan kepada murid
                dalam membantu mereka untuk menulis pendahuluan karangan dengan lebih tersusun.
                            Maka kajian  ini dijalankan  adalah  untuk menguji keberkesanan kaedah “TeH  AtUK”

                dalam membantu murid menulis perenggan pendahuluan karangan. Kajian ini adalah tertumpu
                kepada murid Tingkatan Empat dan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi St. David,
                Bukit Baru, Melaka.


                SOROTAN LITERATUR


                Unit  pendahuluan  dalam  penulisan  karangan  merupakan  komponen  penting  kerana
                terkandungnya     arah  tuju   dan    objektif   sesebuah   penulisan.(   Jobar,   Norfaizah
                Abdul  and  Sarudin  ,  Anida  and  Radzi  Idris ,  Md  (2016) ).  Namun  begitu  murid mengalami

                kesukaran untuk menulis perenggan isi dan perenggan pendahuluan dalam menulis karangan
                (Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod dan Nor Azwa Hanum Nor Shaid, 2016). Murid juga
                kurang  mampu  dalam  melahirkan  atau  menjana  idea  yang  matang  bagi  mendapatkan  isi

                penulisan yang baik  (Nadzrah, Norsimah dan Nor Hashimah, 2011). Kajian oleh Roselan Baki
                (2003)  pula  mendapati  bahawa  kelemahan  pelajar  dalam  menghasilkan  sesuatu  penulisan
                ialah pada isi, bahasa dan tulisan.

                        Rentetan  daripada  pemasalahan  kelemahan  pelajar  membina  karangan  telah
                mengakibatkan  pencapaian  pelajar  dalam  peperiksaan  Bahasa  Melayu  khususnya  turut

                terjejas. Laporan LembagaPeperiksaan (2010) dalam Shahlan Surat et.al (2013) menyatakan
                bahawa  bilangan  murid  yang  berpencapaian  sederhana  dalam  penulisan  karangan  adalah
                lebih banyak daripada yang berpencapaian tinggi (cemerlang) dan rendah. Hal ini menunjukkan

                bahawa penggunaan pelbagai kaedah masih lagi tidak dapat melonjakkan pencapaian murid
                ke tahap yang lebih cemerlang. Oleh itu, mengenal pasti pendekatan yang berupaya untuk



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                406
   419   420   421   422   423   424   425   426   427   428   429