Page 423 - e Prosiding Serai 2021
P. 423

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                     KEBERKESANAN KAEDAH TEH ATUK DALAM PENULISAN PENDAHULUAN
                                                      KARANGAN

                                       1  Zahari Ahmad*,  Norsiah Bahari, Ph.D**
                                                         2

                                                        2
                      1 * Sek. Men. Keb. Tinggi St. David/  ** IPG kampus Perempuan Melayu, Melaka
                                   1 *9m2wak@edidik.edu.my ** 9m2nor@edidik.edu.my
                                                            2


                                                         ABSTRAK


                Penulisan karangan bahasa Melayu yang baik dalam peperiksaan awam seperti Pentaksiran
                Tingkatan  3  (PT3)  dan  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  boleh  menjadi  penentu  kepada

                keputusan  keseluruhan  dalam  peperiksaan  mata  pelajaran  tersebut.  Jika  baik  penulisan
                karangan  seseorang  calon,  peluang  untuk  calon  tersebut  mendapat  keputusan  yang  baik
                dalam  mata  pelajaran  tersebut  juga  adalah  cerah.  Pengolahan  karangan  yang  baik  pula

                bermula  daripada  perenggan  pendahuluan  yang  menarik  dan  sesuai.  Namun  demikian,
                terdapat sebilangan murid di sekolah menengah yang gagal menulis perenggan pendahuluan

                karangan dengan baik. Mereka menulis pendahuluan tanpa ada satu panduan yang konkrit
                atau boleh dijadikan rujukan. Sehubungan dengan itu, kaedah menulis pendahuluan karangan
                menggunakan inovasi ‘TeH AtUk’ telah diperkenalkan kepada murid dalam membantu mereka
                untuk menulis pendahuluan karangan dengan lebih tersusun. ‘TeH AtUK’ merupakan susunan

                kata  kunci  bagi  membina  suatu  perenggan  pendahuluan  dengan  menitikberatkan  semua
                perkara  atau  isi  kandungan  yang  seharusnya  ada  dalam  suatu  penulisan  perenggan

                pendahuluan  karangan. Dalam  hal  ini, kaedah  ‘TeH  AtUK’  ini  membantu  murid mengingati
                perkara-perkara  yang  perlu  ada  dalam  perenggan  pendahuluan  yang  akan  diolah.  Hasil
                daripada  pemerhatian  yang  dilakukan  terhadap  sekumpulan  murid  yang  lemah  dalam

                penulisan  karangan  didapati  ada  perubahan  yang  positif  kepada  murid  apabila  mereka
                memahami dan mengingati kaedah ‘TeH AtUK’ dalam menulis pendahuluan karangan.


                Kata kunci: TeH AtUK, pendahuluan karangan, Bahasa Melayu, akronim


                PENGENALAN
                Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah digubal bersesuaian dengan bahasa
                Melayu  yang  digunakan  dalam  kehidupan  harian  semasa  berinteraksi  dengan  orang  lain,

                mengakses maklumat, dan untuk memahami bahan bacaan (Nurul Aisyah, Mahamod & Nor
                Azwa  Hanum,  2016).  Bahasa  Melayu  merupakan  subjek  wajib  lulus  bagi  peperiksaan  Sijil
                Pelajaran Malaysia (SPM). Penulisan karangan bahasa Melayu yang baik dalam peperiksaan

                awam seperti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh menjadi



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                405
   418   419   420   421   422   423   424   425   426   427   428