Page 419 - e Prosiding Serai 2021
P. 419

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       Hasil  kajian  juga  mendapati  bahawa  pelajar  amat  bersetuju  jika  Padlet  digunakan
               dalam subjek kokurikulum lain dalam memperkembangkan sesuatu kemahiran di dalam PdPr

               secara dalam talian (min = 4.80, SP =0.41). Hal ini kerana dalam kajian ini menunjukkan
               bahawa  Padlet  boleh  membantu  pelajar  untuk  berkongsi  kemahiran  dan  pengetahuan
               sesama  rakan,  membolehkan  pelajar  berkomunikasi  dalam  menyiapkan  tugasan  serta

               menjadi satu medium untuk pelajar berkolaboratif antara satu sama lain. Hal ini sejajar dengan
               bukti yang ditunjukkan oleh Ramachandiran dan Mahmud (2018) yang menyatakan bahawa

               Padlet adalah salah satu alat yang boleh digunakan secara maya bagi meningkatkan kreativiti,
               pembelajaran secara kolaborasi dan prestasi penagajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
               Ini kerana menurut mereka lagi, Padlet telah dibukti berkesan digunakan untuk peningkatan

               kemahiran  4  C  iaitu  creativity  (kreativiti),  critical  thinking  (pemikiran  kritikal),  collaboration
               (kolaborasi)  dan  communication  (komunikasi)  yang  amat  diperlukan  dalam  Pembelajaran

               Abad Ke-21.

                       Jadual 2.0  Nilai Min Bagi Setiap Item Kajian


                Bil       Item                                                     Min     Sisihan piawai


                    1.    Saya suka melihat komen kawan saya di Padlet.            4.80          0.41

                    2.    Saya  belajar  kemahiran  baharu  daripada  aktiviti  yang  4.84       0.37
                         dijalankan dalam Padlet.


                    3.    Padlet  memudahkan  saya  berkongsi  idea/pengetahuan  4.88            0.33
                         dengan rakan-rakan.

                    4.    Padlet memudahkan saya berkongsi kemahiran dengan  4.76                0.44
                         rakan-rakan.

                    5.    Saya boleh membina idea baharu melalui Padlet.           4.56          0.58

                    6.    Saya boleh membina kemahiran baharu melalui Padlet.      4.64          0.49


                    7.    Saya   boleh   belajar   secara  kolaboratif   dengan  4.84            0.37
                         menggunakan Padlet.

                    8.    Bahan-bahan  yang  dimuat  naik  di  dalam  Padlet  amat  4.68         0.48
                         jelas.

                    9.    Bahan-bahan  yang  dimuat  naik  dalam  Padlet  amat  4.80             0.41
                         berguna dalam meningkatkan kemahiran asas UB saya.

                    10.   Saya  berupaya  mempamerkan  kemahiran  UB  dalam  4.80                0.41
                         Padlet.






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                401
   414   415   416   417   418   419   420   421   422   423   424