Page 842 - e Prosiding Serai 2021
P. 842

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021


               Kementerian  Pendidikan  Malaysia  (KPM)  juga  telah  meletakkan  keperluan  teknologi

               maklumat  dan  komunikasi  dalam  pendidikan  sebagai  Anjakan  7:  Memanfaatkan  ICT  bagi
               meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.


                  “Proses pendigitalan dengan menggunakan platform dalam talian atau pembelajaran maya
                  akan  terus  diperkasa.  Saya  percaya  pembelajaran  maya  adalah  masa  depan  dalam

                  pendidikan.  Jadi,  saya  menyeru  kepada  guru-guru  supaya  mendalami  kemahiran
                  pengajaran  secara  atas  talian  dan  home-based  learning  yang  merupakan  kebiasaan
                  baharu  dalam  bidang  perguruan.”  YAB  Perdana  Menteri,  Tan  Sri  Muhyiddin  Yassin.

                  (Perutusan Hari Guru Tahun 2020)


               Dalam  Standard  Kualiti  Pendidikan  Malaysia,  (SKPM)  elemen  9.13,  pembelajaran  dan
                pengajaran  yang  menyentuh  disposisi  guru  telah  menyatakan  kepentingan  amalan
                pembelajaran  menyeronokkan  dalam  kalangan  guru  sekolah.  E-pembelajaran    adalah

                merupakan  kaedah  terbaru  menggunakan  teknologi  yang  terkini  bagi  meningkatkan
                tahap    pembelajaran.  Persekitaran  pembelajaran  ini    menggunakan    perkakasan    fizikal
                seperti  komputer  peribadi, modem  dan  juga  talian  telefon. Ilias, Ismail, dan Jasmi (2013)

                telah mendapati penggunaan bahan bantu mengajar mampu mewujudkan tumpuan pelajar
                sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta berupaya meningkatkan pembelajaran
                yang cekap.

                       Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran atas talian bersama murid-murid Kelas
               4SA  dan  4SG,  saya  mendapati  mereka  adalah  kurang  berminat  untuk  mengikuti  aktiviti

               pembelajaran dan pengajaran. Kehadiran mereka pun tidak memuaskan. Mereka juga tidak
               aktif mengambil bahagaian dalam aktiviti kelas atas talian. Kehadiran dan penglibatan murid
               adalah penting untuk memastikan mereka dapat menguasai hasil pembelajaran daripada pdp

               atas talian yang telah dilaksanakan. Kmai memandang perkara ini adalah serius dan perlu
               diambil  tindakan  untuk  mengatasinya.  Sehubungan  itu,  kami  telah  menjalankan  kajian

               tindakan ini.

               OBJEKTIF KAJIAN


               Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kehadiran dan penglibatan murid dalam
               pengajaran dan pembelajaran (pdp) secara maya.







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                824
   837   838   839   840   841   842   843   844   845   846   847