Page 841 - e Prosiding Serai 2021
P. 841

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               1 hingga 14 April 2020, dilanjutkan ke PKP Fasa 3 dari 15 hingga 28 April dan seterusnya
               PKP Fasa 4 dari 29 April hingga 12 Mei. Akibat PKP instusi tinggi dan sekolah telah ditutup.

               Tambahan pula dengan perubahana keadaan yang tidak menentu telah menimbulkan kesan
               yang  besar  terhadap  proses  pengajaran  dan  pembelajaran.  Guru  dan  murid  tidak  dapat
               mengadakan  pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)  secara  fizikal,  sebaliknya  ianya  telah

               digantikan dengan ke PdP online. Perubahan yang mendadak memerlukan para pendidikan
               menghadapi normal baharu dan menangani perubahan yang berlaku secara berkesan dalam

               memastikan matlamat dan agenda pendidikan dapat dilestarikan dalam tempoh PKP. Apabila
               perubahan VUCA, pemimpin perlu cekap dalam mengadaptasi perubahan yang mendadak,
               menambahbaik,  kreatif  dan  berkolaboratif  (Drucker,  2017).  Para  guru  juga  perlu

               mempersiapkan  diri  daripada  segala  aspek  agar  dapat  mengadaptasi  apa  juga  keadaan
               dalam  dunia  yang  sentiasa  berubah.  Perkara  penting  yang  perlu  dititikberatkan  adalah

               pelaksanaan tugas rasmi untuk melaksanakan pengajaran secara maya samaada atas talian
               atau di luar talian.


                  “Penularan wabak COVID-19 telah banyak mengubah amalan pendidikan di negara kita.
                  Sepanjang  tempoh  perintah  kawalan  pergerakan  dilaksanakan,  pengajaran  dan
                  pembelajaran  tidak  lagi  dijalankan  secara  bersemuka.  Sebaliknya,  guru  menggunakan

                  pelbagai  kaedah  lain  untuk  berhubung  dengan  murid.”  YAB  Perdana  Menteri,  Tan  Sri
                  Muhyiddin Yassin. (Perutusan Hari Guru Tahun 2020)


               SOROTAN LITERATUR

               Keberkesanan pengajaran bukan sahaja dapat meningkatkan minat murid tetapi juga dapat

                meningkatkan  prestasi  mereka  (Othman  Talib,  1999).  Proses  pembelajaran  murid  harus
                berorientasikan  harapan  dan  tanggungjawab  murid  itu  sendiri.  Murid  menentukan  tujuan
                pembelajaran  mereka  sendiri  melalui  penerokaan,  memilih,  dan  mengenal  pasti  sumber

                pembelajaran melalui strategi mereka sendiri. (Charles Muling Libau, Ying-Leh Ling, 2020).
                Kabolla  (1988)  pula  mendapati  kaedah  pengajaran  sains  yang  tidak  berkesan  telah
                menyebabkan murid beranggapan bahawa mata pelajaran sains adalah mata pelajaran yang

                menjemukan dan sukar, terlalu banyak fakta yang perlu diingat, dan tidak berkaitan dengan
                kehidupan  seharian.  Menurut  Lee  dan  Hannafin  (2016)  pembelajaran  berpusatkan  murid

                (SCL) melalui autonomi murid dalam pembelajaran melibatkan instrumen teknologi secara
                maksimum. Fleksibel dalam pembelajaran dapat menyediakan murid yang boleh bertindak
                secara  dinamik  dan  kritis,  menyelesaikan  masalah  dan  bekerjasama  untuk  menangani

                masalah yang tidak dijangka mengikut keutamaan. (Charles Muling Libau dan Ying-Leh Ling,
                2020).



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                823
   836   837   838   839   840   841   842   843   844   845   846