Page 1029 - e Prosiding Serai 2021
P. 1029
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK
1
Saliza Ali dan Siti Mistima Maat, PhD. 2
1 SK Keruak
2 Universiti Kebangsaan Malaysia
1 saliroza592@gmail.com
ABSTRAK
Peranan guru dalam merealisasikan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 adalah sangat
penting. Justeru itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) abad ke-21 dalam kalangan guru matematik. Kajian ini menggunakan
rekabentuk kuantitatif sebagai rekabentuk kajian dan temu bual digunakan sebagai sokongan
dapatan kajian. Seramai 226 guru matematik di daerah Besut dijadikan sebagai sampel kajian
dan sepuluh orang guru terlibat dalam temu bual. Responden dipilih secara rawak mudah.
Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistic Package for Sosial Science (SPSS)
versi 23 dan Atlas ti. 8. Data deskriptif telah dianalisis menggunakan kekerapan, peratus, min
dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan tahap amalan pengajaran dan pembelajaran
abad ke-21 pada keseluruhannya berada pada tahap tinggi iaitu min 3.68 dan sisihan piawai
0.43. Aspek penyelesaian masalah berada pada tahap yang paling tinggi iaitu skor min 3.99
dan sisihan piawai 0.47 manakala aspek kemahiran teknologi berada pada tahap yang paling
rendah iaitu memperolehi skor min 3.31 dan sisihan piawai 0.47. Dapatan temu bual juga turut
menyokong hasil dapatan kajian tinjuan ini. Kesimpulannya, amalan pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 guru matematik adalah tinggi, dapatan ini menunjukkan bahawa
guru bersedia mengaplikasikan amalan abad PdP abad ke-21. Namun ada beberapa aspek
yang masih perlu ditingkatkan. Justeru itu guru perlu mengambil langkah proaktif bagi
mengatasi masalah ini.
Kata kunci: pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, penyelesaian masalah, kemahiran
teknologi.
PENGENALAN
Dalam era abad ke-21, banyak cabaran perlu ditangani oleh sistem pendidikan semua negara.
Cabaran ini memerlukan perancangan yang mantap dalam mendidik generasi akan datang,
supaya boleh berfungsi dengan berkesan serta dapat membangunkan masyarakat mereka.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1008

