Page 1036 - e Prosiding Serai 2021
P. 1036
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
berada pada tahap sederhana adalah disebabkan oleh kekangan masa, kurang pengetahuan
dan masalah kemudahan infrastruktur
Manakala aspek kemahiran komunikasi, kemahiran refleksi, kemahiran pentaksiran
dan kreativiti berada pada tahap tinggi. Dapatan ini selari dengan kajian Sazwani et al, (2013),
Shamsuddin et al., (2016), Mazlini dan Noorfazekawati (2014), Lian et al., (2014) Nurul Hudaa
(2015) dan Daher et al. (2018). Sebaliknya dapatan kajian ini bertentangan dengan kajian
Chin Hai et al. (2018), Ong Sze Chong,(2018) Siti Saleha, (2016) dan Ravikumar, (2015).
Secara keseluruhannya skor min bagi amalan PdP abad ke-21 guru matematik berada pada
tahap tinggi. Justeru itu guru boleh mengaplikasikan pelbagai pendekatan pembelajaran abad
ke-21 adalah dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Seterusnya dapat membentuk
kemahiran berfikir aras tinggi dan melahirkan murid yang dapat mengaplikasikan ilmunya di
samping menjadikan pengajaran matematik lebih bermakna.
KESIMPULAN KAJIAN
Kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan guru matematik masih belum dapat
mengaplikasikan sepenuhnya PdP abad ke-21. Justeru itu guru perlu mengambil langkah
proaktif bagi mengatasi masalah ini. Guru matematik perlu meningkatkan kemahiran-
kemahiran dalam PdP abad ke-21 supaya mereka boleh mengaplikasikannya dalam amalan
PdP mereka. Hal ini kerana tanpa kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang mantap adalah
sukar untuk memaksimakan amalan PdP abad ke-21 guru. Guru matematik boleh
bekerjasama dengan ahli komuniti pembelajaran sekolah dalam merangka program-program
yang mampu meningkatkan amalan Pdp abad ke-21, mengikuti kursus-kursus yang
ditawarkan bagi meningkatkan ilmu berkaitan kemahiran dan memperbanyakkan bahan
bacaan berkaitan kemahiran yang belum dikuasai sepenuhnya.
SYOR CADANGAN KAJIAN
Cadangan kepada kajian lanjutan terhadap amalan PdP abad ke-21, bagi lanjutan kajian yang
sama, Kajian ini hanya dijalankan terhadap guru matematik, maka kajian lanjutan boleh
dilaksanakan ke atas guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain. Perbandingan antara
dapatan dapat dibuat antara guru pelbagai mata pelajaran. Kajian ini hanya menggunakan
pendekatan kuantitatif dan data temu bual hanya sebagai bahan sokongan sahaja. Dalam
kajian lanjutan disarankan menggunakan kombinasi kaedah kualitatif dan kuantitatif bagi
mengumpul maklumat dengan lebih mendalam. Hal ini juga boleh meningkatkan lagi
kebolehpercayaan dan kesahan dapatan kajian.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1015

