Page 1112 - e Prosiding Serai 2021
P. 1112

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                      KAJIAN TERHADAP GAYA DIDIKAN IBU BAPA DALAM MELAKSANAKAN
                    PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) SECARA DALAM TALIAN
                                SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

                         Rafidah Aziz¹, Nik Azleena Nik Ismail², Ramzul Nasri Alias@Othman³,
                                                  Mariha Mohd Amin    4


                                                    ¹PPD Kuala Nerus
                                                ²IPGK Dato’ Razali Ismail
                                            3,4 SK Atas Tol, Kuala Terengganu
                                                rafidah.aziz@moe.gov.my




                                                       ABSTRAK


               Pandemik Covid-19 menyebabkan pelbagai fenomena yang tidak pernah dijangka berlaku
               dalam sistem kehidupan manusia termasuklah dalam sistem pengajaran dan pembelajaran

               (PdPc).  Kajian  ini  dilakukan  untuk  mengenal  pasti    masalah  yang  dialami  dalam  proses
               pembelajaran  dan  pemudahcaraan  (PdPc)  secara  dalam talian  semasa Perintah  Kawalan
               Pergerakan  (PKP)  ekoran  pandemik  Covid  19.  Selain  itu  kajian  ini  juga  dilakukan  untuk

               melihat gaya didikan ibu bapa bagi menyesuaikan diri dengan kaedah baharu proses PdPc.
               Seramai 115 orang ibu bapa kepada murid-murid tahap dua SK Atas Tol, Terengganu telah

               dijadikan sampel kajian. Set soal selidik dibina secara dalam talian yang mengandungi 15
               item. Data kajian dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai peratusan. Dapatan
               kajian menjelaskan bahawa terdapat beberapa isu yang dihadapi oleh ibu bapa iaitu masalah

               liputan  internet  serta  kemudahan  peralatan  yang  terhad.  Selain  itu  dapatan  kajian  juga
               menunjukkan bahawa sebahagian besar ibu bapa menggunakan pendekatan gaya didikan

               autoritatif iaitu  memberi dorongan dan motivasi kepada anak-anak mereka. Terdapat juga ibu
               bapa yang menggunakan gaya didikan autoritarian seperti paksaan dan hukuman. Kajian juga
               mendapati ibu bapa tidak setuju dengan pendekatan gaya didikan permisif. Kesimpulannya,

               ibu bapa mempunyai sikap terbuka dalam usaha membantu anak-anak mendepani cabaran
               menghadapi PdPc mengikut  norma baharu.



                Kata Kunci: Gaya didikan, PdPc dalam talian, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), normal
               baharu









               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1090
   1107   1108   1109   1110   1111   1112   1113   1114   1115   1116   1117