Page 1113 - e Prosiding Serai 2021
P. 1113

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Pandemik  Covid-19  menyebabkan  pelbagai  fenomena  yang  tidak  pernah  terfikir  dan

               tergambar  berlaku  di  seluruh  dunia.  Implikasi  wabak  menyebabkan  majoriti  pejabat,
               perniagaan, universiti bahkan sekolah di seluruh dunia ditutup demi memutuskan rangkaian

               jangkitan.
                       Di  Malaysia,  lanjutan  Perintah  Kawalan  Pergerakan  (PKP)  dan  penutupan  sekolah
               sedikit sebanyak menimbulkan keresahan. Komunikasi berterusan dengan guru dan sekolah

               serta sikap saling menghormati amat penting kerana ketika ini guru benar-benar terpaksa
               bergantung  kepada  bantuan  dan  kerjasama  ibu  bapa  untuk  memastikan  anak  mengikuti
               semua pembelajaran, tugasan dan penilaian dalam talian yang disediakan.Tanpa kerjasama

               ibu bapa, akan berlaku keadaan murid tidak mengikuti pembelajaran disediakan tanpa guru
               dapat berbuat apa-apa, sekali gus merugikan murid itu sendiri. Seeloknya ibu bapa membantu
               memotivasikan anak dengan menjelaskan latihan diberi antara aktiviti pembelajaran untuk

               membantu agar lebih memahami pelajaran.
                       Secara umum, PKP ialah cabaran amat besar buat semua, termasuk guru. Pada masa

               inilah segala kemahiran pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara dalam talian teruji.
               Guru perlu membuat banyak persediaan bahan, merakam video bagi murid yang menghadapi
               masalah untuk mengikuti pembelajaran dalam talian bersama guru serta menghabiskan masa

               berjam-jam di hadapan komputer setiap hari untuk mengajar, menyemak latihan dan tugasan
               serta memberikan maklum balas. Sekiranya ramai murid ‘ponteng,’ ia menyebabkan tekanan

               kepada guru. Yang jelas pandemik COVID 19 ini benar-benar menguji tahap kesabaran dan
               kemahiran adaptasi semua pihak.

               PERNYATAAN MASALAH


                       Penolong Kanan Pentadbiran dalam Mesyuarat PIBG kali ke 2 tahun 2020 pada 27
               April  2020  melaporkan  penyertaan  murid-murid  tahap  dua  di  sekolah  SK  Atas  Tol  dalam

               proses  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  (PdPc)  secara    dalam  talian  semasa  Perintah
               Kawalan  Pergerakan  (PKP)  ini,  bahawa  terdapat  perbezaan  yang ketara  di  antara murid-

               murid yang berada pada kelas Susila, Amanah dan Tekun semasa PKP fasa 2 berlangsung.
               Penyertaan murid-murid Kelas Susila adalah sebanyak 54.8% , Kelas Amanah 32.2% dan
               Kelas Tekun pula sebanyak 13.0%. Data ini diperoleh melalui jadual latihan Google Form bagi

               empat mata  pelajaran teras  iaitu  Bahasa  Melayu,  Bahasa  Inggeris,  Matematik  dan  Sains.
               Perbezaan kadar penglibatan murid-murid dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan
               oleh guru mengikut kelas ini perlu dikaji bagi mengenalpasti beberapa kriteria yang dapat

               memberi justifikasi kepada permasalahan ini secara saintifik.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1091
   1108   1109   1110   1111   1112   1113   1114   1115   1116   1117   1118