Page 1117 - e Prosiding Serai 2021
P. 1117

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Jadual 2 mendapati peratus responden yang mengikut gaya didikan permisif. Gaya didikan
               permisif ibu bapa tahap dua di sekolah ini menunjukkan skor setuju tidak melepasi 30% untuk

               lima item yang dinilai dalam kategori ini. Item 7 “Saya memberi kebebasan untuk anak saya
               bertindak” mencatat skor sebanyak 28.7%. Manakala item 8 “Saya membiarkan anak saya
               menonton televisyen dan bermain dengan gajetnya” menunjukan bacaan sebanyak 9.6% dan

               item 10 “Anak saya tidak mendengar arahan saya” menunjukkan bacaaan 7.0%. Seterusnya
               item 9 “Saya tidak marah anak saya jika dia tidak melaksanakan tugasan yang diberi” dan

               item 6 “Saya tidak kisah sama ada anak saya menghantar tugasnya atau tidak” skor dapatan
               adalah sebanyak 6.0% dan 1.7% sahaja.
                       Rumusan yang boleh dibuat adalah ibu bapa di sini percaya gaya didikan permisif tidak

               akan berjaya melahirkan anak-anak yang berminat terhadap perkembangan akademik.
                                            Jadual 3 : Gaya Didikan Autoritatif

                                                                                Maklumbalas Ibu Bapa
                  Bil                         Soalan
                                                                                Setuju      Tidak Setuju
                 11.    Sebelum melaksanakan tugasan , saya akan
                        mengajar terlebih dahulu anak saya tentang tugasan       91.3            8.7
                        yang diberi oleh guru.
                 12.    Saya mengajar mana-mana bahagian yang tidak
                        difahami tentang tugasan yang diberikan                  98.3            1.7
                 13.    Menasihati supaya anak saya melaksanakan                 99.1            0.9
                        tugasan yang diberi oleh guru sebaik mungkin
                 14.    Menerapkan nilai-nilai yang baik daripada
                        pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang                  100             0
                        dilaksanakan
                 15.    Selalu memotivasikan anak supaya tidak cepat
                        putus asa dalam menyelesaikan tugasan yang diberi         100             0

               Jadual 3 mendapati peratus responden yang mengikut gaya didikan autoritatif. Semua item

               dalam kategori autoritatif  menunjukan skor yang tinggi antara 91.3% hingga 100%. Jelas
               menggambarkan dalam kajian ini, ibu bapa murid tahap dua di sini mengamalkan gaya didikan

               autoritatif.

               Apakah masalah ibu bapa terhadap  proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara

               dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
               Walaupun dapatan menunjukkan kebanyakan ibu bapa lebih memilih untuk mengamalkan

               gaya didikan autoritatif, tetapi usaha ibu bapa ini dikekang dengan beberapa masalah untuk
               melaksanakan  proses  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  (PdPc)  secara  dalam  talian
               semasa  Perintah  Kawalan  Pergerakan  (PKP)  tempoh  hari.  Melalui  carta  pai  di  bawah

               masalah-masalah  yang  dialami  oleh  ibu  bapa  di  sini  dapat  dikategorikan  kepada  7  jenis
               masalah.





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1095
   1112   1113   1114   1115   1116   1117   1118   1119   1120   1121   1122