Page 1116 - e Prosiding Serai 2021
P. 1116

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                                           Jadual 1 : Gaya Didikan Autoritarian

                                                                               Maklumbalas Ibu Bapa
                  Bil                         Soalan
                                                                                Setuju      Tidak Setuju
                 1.     Saya kenakan denda jika anak saya tidak                  79.1           20.9
                        melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru.
                 2.     Saya marah apabila mengetahui anak saya meniru           95.7            4.3
                        jawapan yang disediakan
                 3.     Saya mengugut anak saya jikalau dia tidak membuat        52.2           47.8
                        tugasan yang diberikan oleh guru
                 4.     Saya akan membebel kepada anak saya sekiranya
                        di gagal menjawab dengan betul latihan yang diberi       57.4           42.6
                        oleh guru
                 5.     Walau apa cara sekali pun saya akan pastikan
                        bahawa anak saya akan menghantar tugasan yang            93.9            6.1
                        diberi

               Hasil kajian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 menunjukkan peratus responden yang

               mengikut gaya didikan autoritarian. Gaya didikan autoritarian ibu bapa di sini terhadap item 2
               “Saya marah apabila mengetahui anak saya meniru jawapan yang disediakan” mencatat skor

               setuju terbanyak iaitu 95.7%.  Diikuti item 5 “Walau apa cara sekali pun saya akan pastikan
               bahawa anak saya akan menghantar tugasan yang diberi” mencatat bacaan setuju sebanyak
               93.9%.  Skor  sebanyak 79.1% diperoleh dalam item 1 iaitu “Saya kenakan denda jika anak

               saya  tidak  melaksanakan  tugasan  yang  diberi  oleh  guru”.  Manakala  item  4  “Saya  akan
               membebel kepada anak saya sekiranya dia gagal menjawab dengan betul latihan yang diberi
               oleh guru” dan item 3 “Saya mengugut anak saya jikalau dia tidak membuat tugasan yang

               diberikan oleh guru” memberikan skor sebanyak 57.4% dan 52.2%.
                       Keputusan responden menunjukkan setuju paling tinggi bagi item 2 dan item 5 kerana
               dirasakan  pendekatan  seperti  memarahi  dan  memastikan  anak-anak  mereka  menghantar

               tugasan yang diberi oleh guru adalah kaedah didikan yang baik kepada anak-anak mereka.
               Namun begitu bukan itu sahaja ibu bapa murid tahap dua di sini juga mencatat rekod melepasi

               50%  dengan  mengenakan  denda,  membebel  serta  mengugut  anak-anak  mereka  sebagai
               medium agar anak-anak mereka belajar.
                                             Jadual 2 : Gaya Didikan Permisif

                                                                                Maklumbalas Ibu Bapa
                  Bil                         Soalan
                                                                                Setuju      Tidak Setuju
                 6.     Saya tidak kisah sama ada anak saya menghantar            1.7           98.3
                        tugasnya atau tidak
                 7.     Saya memberi kebebasan untuk anak saya
                        bertindak                                                28.7           71.3
                 8.     Saya membiarkan anak saya menonton televisyen
                        dan bermain dengan gajetnya                               9.6           90.4
                 9.     Saya tidak marah anak saya jika dia tidak                 6.0           94.0
                        melaksanakan tugasan yang diberi
                 10.    Anak saya tidak mendengar arahan saya                     7.0           93.0


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1094
   1111   1112   1113   1114   1115   1116   1117   1118   1119   1120   1121