Page 1183 - e Prosiding Serai 2021
P. 1183

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                KAJIAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI GURU-GURU
                       SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DALAM DAERAH KUALA NERUS

                  Rafidah Aziz¹, Hamid Yahya², Saidi Azhar Mat Salleh³ dan Nik Azleena Nik Ismail ,
                                                                                                      4

                                                  ¹∙²∙³PPD Kuala Nerus
                                                4 IPGK Dato’ Razali Ismail
                                             emel: rafidah.aziz@moe.gov.my




                                                       ABSTRAK


               Setiap individu mempunyai permasalahan yang berbeza. Kertas konsep ini bertujuan untuk
               mengenalpasti permasalahan yang berlaku dalam kalangan guru-guru di sekolah rendah dan

               menengah dalam Daerah Kuala Nerus terutama dalam pandemik Covid 19 ini. Data yang
               diperoleh  ini  akan  membantu  Unit  Psikologi  dan  Kaunseling  (UPsK)  merangka  program-
               program  sesuai  bagi  tahun  2021/2022.  Seramai  1230  (50.3%)  orang  guru  telah  menjadi

               sampel kajian. Set soal selidik dibina secara google form dan disebar melalui dalam talian
               yang mengandungi 3 item. Data kajian dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai

               peratusan. Dalam kajian tinjauan ini di dapati sebanyak 41.1% memerlukan bimbingan ke
               arah  peningkatan  dalam  bidang  kerjaya  dan  18.6%  menyatakan  mereka  memerlukan
               bimbingan komunikasi berkesan. Manakala bagi kategori pengurusan stres sebanyak 14%
               guru yang perlu kepada bimbingan ini serta 11.4 % menyatakan mereka perlu bimbingan

               dalam  aspek  pengurusan  masalah  kesihatan.  Terdapat  juga  guru-guru  yang  memerlukan
               bimbingan bagi aspek komunikasi interpersonal (dealing with people) iaitu sebanyak 10.5%

               dan data  mencatat sebanyak 4.5% yang mengharapkan bimbingan pengurusan kewangan.
               Kesimpulannya, UPsK merancang beberapa program berbentuk bimbingan atau intervensi
               berbentuk webinar dan melalui saluran Youtube yang akan dilaksanakan bertepatan dengan

               kumpulan sasaran agar kesan yang lebih efisyen dapat diperoleh mengikut norma baharu
               masa kini.




               Kata kunci: Unit Psikologi dan Kaunseling, PPD Kuala Nerus, Pandemik Covid 19, norma
               baharu



               PENDAHULUAN

               Kaunseling  dan  psikologi  memainkan  peranan  yang  penting  dalam  era  kini.  Definisi

               kaunseling  menurut  Blocer  (Shertzer  &  Stone,  1974)  ialah  proses  perhubungan  yang
               menggerakkan  pemahaman  yang  penting,  terhadap  diri  dan  juga  persekitaran  dan


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1161
   1178   1179   1180   1181   1182   1183   1184   1185   1186   1187   1188