Page 1184 - e Prosiding Serai 2021
P. 1184
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
menghasilkan penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan. Manakala
menurut Blocher (1974) beliau menyatakan bahawa kaunseling ialah suatu proses untuk
menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat
memberi respon di persekitarannya.
Kaunseling dan psikologi merupakan salah satu teras dalam mengenalpasti
tingkahlaku manusia termasuklah dalam kalangan warga pendidik. Pendekatan kaunseling
dan psikologi berperanan penting dalam memberi pertolongan dan sokongan dalam
pengurusan modal insan dari aspek mental. Sehubungan dengan itu kertas konsep terhadap
kajian keperluan perkhidmatan kaunseling dan psikologi ini terhasil melalui dapatan data yang
dilaksanakan dalam kalangan guru-guru sekolah rendah dan menengah dalam daerah Kuala
Nerus.
TINJAUAN LITERATUR
Mengikut artikel yang dikeluarkan mengenai Daya Tahan, Strategi Daya Tindak Serta
Hubungannya Terhadap Tahap Kesejahteraan Psikologi Guru oleh Nadia Abd. Razak dan
Faridah Mydin Kutty, merumuskan bahawa psikologi menurut Ryff (1989) merupakan
keupayaan individu untuk menjalin perhubungan positif dengan masyarakat
sekelilingnya, mempunyai makna dan objektif hidup, berkemampuan menangani konflik,
mempunyai daya tahan, serta berkemampuan mengembangkan cita-cita dan potensi diri.
Dalam konteks kajian ini, Cimen & Ozgan, 2018 berpendapat bahawa guru yang mempunyai
kesejahteraan psikologi akan berasa gembira dan positif dengan hidupnya, mempunyai
interaksi sosial yang baik dengan masyarakat lingkungannya, serta mempunyai konsep
kendiri yang baik. Selain itu, guru-guru yang mempunyai tahap kesejahteraan psikologi pada
tahap yang baik juga mempunyai tahap efikasi dan kepuasan kerja yang baik.
Artikel mengenai Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) Di Kalangan
Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Puteh oleh Raja Maria Diana Bt Raja Ali
(2011) untuk mengkaji paras tekanan kerja (stres) dan faktor-faktor yang menyebabkan
tekanan kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Pasir Puteh. Kaedah yang
digunakan untuk mengumpul data kajian ini ialah menerusi soal-selidik. Kajian in
memfokuskan faktor-faktor penyebab stres guru-guru di sekolah seperti faktor karenah
pelajar, faktor beban tugas, faktor kekangan masa dan faktor penghargaan.
Berdasarkan kajian yang bertajuk Kesejahteraan Psikologi Dan Keperluan
Perkhidmatan Kaunseling Di Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Normazwin Yahya,
Halawiah Safinas Ishak, Nordiana Abd Rahim dan Halimatun Saadiah Usuldin (2020) dari
Kementerian Pendidikan Malaysia, satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1162

