Page 1186 - e Prosiding Serai 2021
P. 1186

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Jadual 1 : Bilangan Guru Mengikut Kategori Keperluan Perkhidmatan Kaunseling dan

                                Psikologi

                 600


                 500



                 400


                 300


                 200


                 100


                   0
                        Kemahiran   Komunikasi    Kewangan     Kesihatan      Stres       Kerjaya
                       Interpersonal


                       Hasil  dapatan  daripada  soal  selidik  yang  dikumpul  dalam  suasana  pandemik  ini,
               sebanyak 41.1% iaitu lebih kurang seramai 505 orang guru memerlukan bimbingan dalam
               meningkatkan  diri  dalam  bidang  kerjaya.  Majoriti  guru  memerlukan  kemahiran  dalam

               beberapa  aspek  seperti  kemahiran  digital  yang  diperlukan  bagi  melaksanakan  proses
               pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) yang perlu dilaksanakan sepanjang arahan

               penutupan sekolah disebabkan gejala Covid 19 yang berleluasa. Guru-guru juga perlu kepada
               bimbingan  dalam  menyediakan  kandungan  pelajaran  yang  menepati  garis  panduan  yang
               telah di gariskan dalam Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah oleh Kementerian

               Pendidikan Malaysia.

                       Manakala sebanyak 18.6% (228 guru) menyatakan mereka memerlukan bimbingan
               dalam  aspek  komunikasi  berkesan.  Terdapat  guru-guru  yang  masih  tidak  yakin  hendak

               berkomunikasi. Komunikasi mereka berlaku dengan murid, rakan sekerja, pentadbir sekolah
               malah ada juga dengan ibu bapa. Ada dalam kalangan guru-guru ini adalah guru novis, justeru

               pengalaman yang belum mantap menjadikan mereka tidak yakin untuk berkomunikasi.

                       Bagi kategori pengurusan stres pula sebanyak 14% (172 orang) guru perlu kepada
               bimbingan  daripada  Unit  Psikologi  dan  Kaunseling  PPD  Kuala  Nerus. Terdapat  beberapa

               sebab  guru-guru  mengalami  stres  pada  masa  kini.    Pelaksanaan  PdPr  sama  ada  secara
               ‘online’ atau ‘offline’ mahupun secara ‘off-site’ sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1164
   1181   1182   1183   1184   1185   1186   1187   1188   1189   1190   1191