Page 1217 - e Prosiding Serai 2021
P. 1217

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Kecenderungan  membaca  akan  menunjukkan  kemahiran  membaca  termasuk  dalam

               kemahiran  berbahasa.  Penguasaan  membaca  pada  dalam  kalangan  pelajar  prasekolah
               sangat  penting  untuk  membolehkan  mereka  memahami  dan  membaca.  Kecenderungan

               membaca  dapat  dimaksudkan  sebagai  kesukaan  akan  membaca.  Pada  prosesnya,
               kecenderungan  membaca  akan  membentuk  kebiasaan  sehingga  menjadi  suatu  norma
               kehidupan bagi seseorang. Sementara budaya baca merupakan upaya untuk membangun

               sebuah masyarakat yang apresiasi terhadap bahan informasi. Kemahiran berbahasa dalam
               bahasa  Melayu  meliputi  empat  kemahiran  asas  iaitu;  kemahiran  mendengar,  bertutur,
               membaca dan menulis. Setiap peringkat ini diperkenalkan mengikut kesesuaian tahap pelajar

               untuk menerima dan mengaplikasikan bahasa yang diperoleh. Membaca juga merupakan
               aktiviti penting dalam kehidupan pelajar-pelajar. Maklumat yang diperoleh melalui pembacaan
               dapat digunakan sebagai panduan dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Keberkesanan

               dalam membaca juga merupakan satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh pelajar
               ketika membaca (Yahya 2008).


                       Keupayaan membaca merupakan permasalahan besar yang menjadi punca dalam
               proses  pengajaran  dan  pembelajaran.  Pencapaian  dan  kebolehan  yang  tinggi  dalam
               kemahiran  membaca  pasti  dapat  meningkatkan  penguasaan  pembelajaran  pelajar  dalam

               bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu. Dalam usaha mempertingkat kecenderungan
               membaca, guru juga mempunyai peranan yang besar. Guru sebagai pelaksana kurikulum
               perlu mengambil berat tentang objektif kurikulum yang digunakan bagi membolehkan hasrat

               kerajaan  yang  sudah  sampaikan.  Dalam  latar  belakang  kajian  ini  cuba  menggambarkan
               pelbagai  masalah  terhadap  pelajar  tingkatan  5  di  sebuah  Sekolah  Menengah  Nuruddin,

               Daerah Takbaik, Narathiwat, yang sewajarnya pelajar menguasai bahasa Melayu di tahap
               yang baik.

                       Kecenderungan  memainkan  peranan  penting  dalam  kehidupan  seseorang  dan

               mempunyai dampak yang besar atas perilaku dan sikap. Kebolehberbahasaan merupakan
               salah satu perkara yang besar mendorong ke arah masalah membaca. Pembaca yang tidak
               luas tahap pembacaan dan lemah dalam tatabahasa ditambah pula dengan kehidupan dalam

               masyarakat yang menggunakan bahasa dialek Patani atau bahasa Thai menambahkan lagi
               masalah kesukaran seseorang pembaca untuk membaca. Hal ini mampu untuk memahamkan

               diri apa yang dibaca. Permasalahan persekitaran merupakan suatu fenomena luaran yang
               berlaku akibat amalan sistem persekolahan dan pembentukan bahasa di kalangan pelajar.
               Sistem persekolahan yang sering mengamalkan kurikulum yang kompleks dan tidak prihatin

               terhadap keperluan pelajar yang perbezaan keupayaan, guru lebih terikat dengan waktu untuk



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1195
   1212   1213   1214   1215   1216   1217   1218   1219   1220   1221   1222