Page 1219 - e Prosiding Serai 2021
P. 1219

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               beberapa jenis kaedah membaca yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar pelajar-
               pelajar. Kaedah merupakan prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan

               pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang sering digunakan oleh para guru ialah kaedah
               abjad, kaedah fonetik, kaedah pandang sebut, dan kaedah cerakinan.


                       Menurut Taman Timbang et.al. (2010) dalam kajian Masalah Membaca Pelajar-pelajar
               Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam: Satu Kajian Kes. Kajian ini bertujuan untuk
               mengkaji masalah membaca dalam kalangan pelajar darjah enam Sekolah Rendah Kerajaan

               Brunei Darussalam. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai tempat.
               Data kualitatif diperoleh sepenuhnya melalui temu bual mendalam. Secara umumnya Masalah
               ketidakbolehan  membaca  masih  berlaku  di  Negara  Brunei  Darussalam.  Dengan  jumlah

               penduduk yang tidak ramai dan dilengkapi dengan kemudahan pendidikan yang serba maju,
               sepatutnya masalah tidak boleh membaca ini tidak boleh berlaku atau sekarangnya dalam
               jumlah yang sedikit. Melalui kaedah temu bual yang dijalankan terhadap peserta guru, pelajar

               dan ibu bapa pelajar, maka terdapat banyak faktor yang telah dikenal pasti. Dalam kajian ini,
               telah dikenal pasti enam faktor utama mengapa masalah membaca ini masih lagi berlaku.

               Justeru, langkah-langkah menangani masalah ini boleh dibuat dengan mengambil kira enam
               faktor  utama  masalah  membaca  yang  dihadapi  pelajar-pelajar  darjah  enam  di  sekolah-
               sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam.


                       Menurut Abdul Rasid Jamian (2011) dalam tentang kajian Permasalahan Kemahiran
               Membaca  Dan  Menulis  Bahasa  Melayu  Pelajar-Pelajar  Sekolah  Rendah  Di  Luar  Bandar.
               Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran membaca dan

               menulis  Bahasa  Melayu  dalam  kalangan  pelajar-pelajar  sekolah  rendah  di  luar  bandar.
               Responden kajian terdiri daripada 161 pelajar sekolah rendah tahun 4 dan 5 di luar bandar di

               Negeri  Sembilan,  Pahang  dan  Sarawak.  Kajian  ini  adalah  berbentuk  tinjauan  deskriptif
               dengan menggunakan borang soal selidik yang merangkumi maklumat latar belakang serta
               masalah yang pelajar-pelajar alami dalam kemahiran membaca dan menulis. Sehubungan

               itu,  dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa  terdapat  masalah  dalam  diri  pelajar  untuk
               menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu, antaranya pengetahuan
               asas membaca dan menulis, persekitaran dan kaedah pengajaran guru.



               METODOLOGI KAJIAN

               Kajian  kualitatif  akan  menjalankan  atas  pelajar  Sekolah  Menengah  Nuruddin  Tingkatan  5

               tahun akademik 2019 terdiri daripada 150 orang. Kumpulan responden, iaitu pelajar-pelajar
               tingkatan 5 Sekolah Menengah Nuruddin sebanyak 40 responden dengan secara sampel

               rawak mudah telah diambil pilih sebagai bilangan responden bagi mendapatkan maklumat


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1197
   1214   1215   1216   1217   1218   1219   1220   1221   1222   1223   1224