Page 1233 - e Prosiding Serai 2021
P. 1233

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               2016; Lee & Jeong, 2016; Pun & Macaro, 2018). Selain itu, kualiti guru bergantung pada tahap
               persediaan guru (Madalinska-Michalak & Bavli, 2018). Persediaan guru dapat ditingkatkan

               menerusi kursus dan latihan persediaan sebelum mereka terlibat dalam DLP. Pengetahuan
               praktikal  guru  mengenai  bahasa  juga  berkait  rapat  dengan    kecekapan  berbahasa  dan
               pembelajaran pelajar (Swart et al., 2018). Sehubungan itu, perlu memberi penekanan dalam

               penyampaian  kandungan  subjek  kerana  mereka  bukan  guru    bahasa.  (Cuenca  &  Moore,
               2018).


               KESIMPULAN

               DLP  dapat  dilaksanakan  dengan  berkesan  sekiranya  kesediaan,  kecekapan  dan  sumber

               pengajaran dan pembelajaran ditangani dan dilestarikan. Kajian ini mengkaji persepsi guru
               terhadap kemahiran berbahasa, tahap keyakinan dan respon pelajar terhadap DLP. Dalam
               kajian ini, penguasaan bahasa pelajar dan guru serta kekurangan buku teks dan bahan dilihat

               sebagai  halangan  utama  dalam  pelaksanaan  DLP.  Oleh  itu,  pembuat  dasar  hendaklah
               menyelesaikan  masalah-masalah  tersebut  dalam  perlaksanaan  DLP  demi  kelestarian  dan

               kemajuan program ini.

                       Pelaksanaan program DLP berada dalam suatu matriks kompleks yang melibatkan

               bukan hanya koordinasi pihak berkepentingan dalam mendapatkan sumber, menyelaraskan
               harapan dalam kurikulum dan pengajaran, dan menyediakan jaringan sokongan untuk guru

               (Palmer et al., 2016). Tidak dinafikan, masa depan sistem pendidikan ditentukan oleh amalan
               semasa.  Oleh  itu,    semua  permasalahan  yang  timbul  perlu  ditangani  untuk  memperbaiki
               sistem ini. Guru harus memainkan peranan penting dalam menyampaikan manfaat program

               ini.  Kerjasama  pemegang  taruh  sistem  pendidikan  sangat  digalakkan  untuk  memastikan
               kejayaan  program  ini.  Kesimpulannya,  kita  harus  mengenalpasti  dan  mengambil  kira
               pendapat dan persepsi guru untuk memahami tindakan dan reaksi mereka.


               RUJUKAN


               Azman, H. (2016). Implementation and Challenges of English Language Education Reform in
                     Malaysian  Primary  Schools.  3L:  Language  Linguistics  Literature:  Southeast  Asian
                     Journal of English Language Studies, 22(3), 65–78.
               Braden, S., Wassell, B. A., Scantlebury, K., & Grover, A. (2016). Supporting language learners
                     in science classrooms: insights from middle-school English language learner students.
                     Language and Education, 30(5), 438–458.

               Bullah, N. H., & Yunus, M. M. (2019). Teachers’ Perception on the Implementation of Dual
                     Language Programme (DLP) in Urban Schools. Asian Social Science, 15(1), 24–31.






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1211
   1228   1229   1230   1231   1232   1233   1234   1235   1236   1237   1238