Page 1230 - e Prosiding Serai 2021
P. 1230

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               tinggi bagi kemahiran reseptif (mendengar dan membaca). Kebanyakan responden dalam
               kumpulan  sains  berkeyakinan  tinggi  terhadap  kemahiran  mendengar  tetapi  lemah  dalam

               tatabahasa. Responden kumpulan matematik pula mencatatkan kemahiran membaca yang
               tinggi manakala kemahiran tatabahasa yang rendah. Ini mungkin kerana subjek matematik
               lebih banyak memfokuskan kepada aspek pengiraan berbanding aspek bahasa.



                       Walaupun kebanyakan item dalam konstruk keyakinan guru mencapai respon positif,
               lebih ramai responden dalam kumpulan sains mendedahkan bahawa mereka kurang selesa
               mengajar  dalam  bahasa  Inggeris  berbanding  kumpulan  matematik.  Dapatan  ini  mungkin

               berkait rapat dengan tahap keyakinan guru seperti yang diajukan dalam persoalan terbuka.
               Responden tidak selesa dan kurang yakin dengan kemahiran bahasa mereka. Selain itu, lebih
               ramai  responden  dalam  kumpulan  matematik  memilih  untuk  mengajar  dalam  dwibahasa

               berbanding  responden  dalam  kumpulan  sains.  Perkara  ini  diperkukuh  apabila  73%  guru
               mengajar menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu walaupun strategi

               dwibahasa tidak digalakkan dalam program ini.  Seterusnya, skor min bagi kumpulan sains
               adalah  lebih  tinggi  daripada  kumpulan  matematik  yang  menunjukkan  bahawa  guru  sains
               memerlukan  lebih  banyak  sokongan  dan  bimbingan  untuk meningkatkan  tahap keyakinan

               mereka dalam program ini. Satu lagi isu penting ialah kesediaan responden untuk mengajar
               dalam bahasa Inggeris. 21% responden menyatakan bahawa mereka belum bersedia untuk

               melaksanakan  DLP.  Sehubungan  dengan  itu,  tindakan  proaktif  haruslah  diambil  dalam
               menangani  isu  ini.    Ini  adalah  kerana  proses  pengajaran  akan  terjejas  jika  guru  kurang
               keyakinan.


                       Kajian ini juga mengkaji respon pelajar terhadap DLP dari perspektif guru.  Semua
               item dalam konstruk ini menunjukkan bahawa pelajar dilihat sederhana positif, kecuali item
               ‘Prestasi  pelajar  saya  meningkat  sejak  mereka  belajar  Sains  /  Matematik  dalam  Bahasa

               Inggeris’  .  Selain  itu,  tiada  item  yang  mencapai  tahap  persetujuan  80%.  Seperti  yang
               dibincangkan sebelum ini, pelajar meminta guru  mengajar menggunakan kedua-dua bahasa.

               Item  terakhir  pula  menggambarkan  persepsi  negatif  kedua-dua  kumpulan  apabila  52%
               responden  mendedahkan  prestasi  pelajar  mereka  menurun  sejak  mengikuti  program  ini.
               Secara keseluruhan, kedua-dua kumpulan mempunyai persepsi yang hampir sama terhadap

               pelaksanaan  program  DLP  dan  respon  tertentu  menggambarkan  perbezaan  dimana
               responden  kumpulan  matematik  mempunyai  tanggapan  yang  lebih  tinggi  berbanding
               kumpulan sains.


                       Tidak  dinafikan  bahawa  guru  berhadapan  banyak  rintangan  dalam  membawa
               perubahan  drastik  melibatkan  struktur,  fungsi  dan  matlamat  program  dwibahasa,  serta




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1208
   1225   1226   1227   1228   1229   1230   1231   1232   1233   1234   1235