Page 292 - e Prosiding Serai 2021
P. 292

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021


                  Kecekapan

                  Kecekapan guru ialah salah satu elemen yang penting dalam pembangunan profesional
                  khususnya untuk bidang pendidikan awal kanak. Maknanya ialah semua guru pendidikan
                  kanak-kanak  harus  mempunyai  kecekapan  bagi  memenuhi  keperluan  perkembangan

                  kanak-kanak yang diperlukan. Menurut Bellm (2005), kecekapan ialah memberi tumpuan
                  kepada apa yang guru perlu tahu dan lakukan untuk menunjukkan bahawa mereka adalah

                  sempurna dan cukup bersedia untuk mendidik dan menjaga kanak-kanak. Menurut beliau
                  lagi, kecekapan terdiri dari dua bahagian penting iaitu pengetahuan dan kemahiran. Fokus
                  kajian ini adalah kecekapan guru prasekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran

                  khususnya terhadap penggunaan kaedah main dramatik di prasekolah.
                         Shulman  (1987)  membahagikan  pengetahuan  tentang  pengetahuan  konten  dan

                  pengetahuan ilmu mendidik, yang seterusnya boleh dibahagi lagi ke dalam pengetahuan
                  konten  biasa  dan  pengetahuan  konten  khusus  atau  pengetahuan  konten  pelajar  dan
                  pentahuan konten pengajaran. Bellm (2005) secara khususnya menyatakan pengetahuan

                  ialah  pengetahuan  tentang  cara  kanak-kanak  belajar,  tentang  cara  subjek  akademik
                  dipelajari dan ditaksir, guru tentang cara mereka bentuk pendidikan awal kanak-kanak dan
                  bagaimana  guru  melaksanakan  pengalaman  pembelajaran  yang  sesuai  dengan

                  perkembangan kanak-kanak.
                         Kemahiran mengikut Bellm (2005) ialah tahap kesediaan dan kemampuan untuk
                  mendidik dan menjaga kanak-kanak. Kemahiran yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah

                  kemahiran  guru  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Halimah  (2006)  dalam  kajiannya
                  menyimpulkan  bahawa  kemahiran  guru  ialah  kemampuan  guru  mengajar  dengan  tidak

                  membosankan  dengan  memberi  banyak  peluang  bagi  pelajarnya  (kanak-kanak)  untuk
                  menjawab  pertanyaan, suara  lemah  lembut  dan  jelas,  dan  bahkan mempunyai  intonasi
                  suara yang baik. Dengan kemahiran itu, guru mampu menjalankan proses pengajaran dan

                  pembelajaran  dengan  menyenangkan  dengan  pelbagai  kaedah  pengajaran  termasuk
                  penggunaan kaedah main dramatik.



                  Motivasi
                  Motivasi ialah sesuatu yang memberi tenaga, mengarah dan dapat mengekalkan tingkah

                  laku seseorang, menyebabkan individu bergerak, mengarah mereka ke suatu arah tertentu
                  dan membuatkan mereka terus bergerak, termasuk dalam menjalankan proses mengajar
                  dan belajar (Deci dan Ryan, 2000; 2001; Tileston dan Walker, 2004; Atiya dan Palwasa,

                  2012; Alam dan Farid, 2011; Gokce, 2010; Wagner, 2010).



                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4
                  271
   287   288   289   290   291   292   293   294   295   296   297