Page 293 - e Prosiding Serai 2021
P. 293

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021
                         Istilah motivasi dalam kajian ini merujuk kepada teori motivasi yang diungkapkan
                  oleh Deci dan Ryan (2000; 2001) dan Tileston & Walker (2004) bahawa motivasi manusia
                  ialah aspek yang perlu memperoleh pemahaman melalui pertimbangan keperluan psikologi

                  semula jadi bagi kecekapan, autonomi, dan keberhubungannya.
                         Motivasi  intrinsik  mengikut  Deci  dan  Ryan  (2000;  2001)  adalah  titik  awal  yang

                  diperlukan  dalam  menjalankan  aktiviti  yang  ditentukan  sendiri  (self-determined  activity).
                  Mempunyai motivasi intrinsik bererti mempunyai potensi besar untuk melakukan dengan
                  tingkah laku self-regulated atau autonomi. Motivasi intrinsik mengikut Deci dan Ryan (2000;

                  2001) ialah berupa ganjaran, maklum balas, dan tekanan yang bersumber dari dalam diri
                  seseorang sebagai faktor-faktor yang menjejaskan autonomi dan kecekapan mereka dalam

                  menjalankan sesuatu pekerjaan. Oleh itu, motivasi instrinsik guru ialah titik permulaan untuk
                  menjalankan aktiviti dan tanggung jawab sebagai seorang guru sama ada sebagai pendidik
                  mahupun sebagai pelaksana pengajaran di kelas.

                         Mengikut  Deci  dan  Ryan  (2000),  proses  pertumbuhan  semulajadi,  motivasi,
                  autonomi, dan kecekapan disokong oleh konteks sosial termasuk diri sendiri, persekitaran
                  dan masyarakat sekitar. Ini menunjukkan bahawa konteks sosial di mana pun seseorang

                  berada akan dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Maknanya, motivasi adalah salah satu
                  faktor yang boleh dipengaruhi oleh konteks sosial.



                  Kaedah Bermain Dramatik
                  Kaedah bermain dramatik dalam kajian ini merujuk kepada teori yang dinyatakan oleh Sara

                  Smilansky (1990) yang telah mengkaji teori kedua orang pakar terdahulu iaitu Piaget dan
                  Vygotsky.  Sara  Smilansky  (1990)  mencadangkan  konsep  operasinya  sendiri  dengan
                  menfokuskan kajiannya pada kaedah bermain dramatik. Sara Smilansky mendefinisikan

                  kaedah bermain dramatik kepada 6 elemen iaitu (1) kanak-kanak berperanan dalam main
                  pura-pura; (2) kanak-kanak menggunakan objek dan menukar objek itu kepada benda yang
                  diperlukan ketika bermain; (3) kanak-kanak menggunakan tingkah laku dan situasi dalam

                  main pura-pura; (4) ketekalan (persistence) sekurang-kurangnya 10 minit; (5) interaksi; dan
                  (6)  komunukasi  lisan  semasa  berlakon  mengikut  situasi  atau  tempat.  Smilansky

                  mengatakan main dramatik melibatkan identifikasi, imitasi dan transformasi.
                         Kaedah  bermain  dramatik  (Smilansky,  1990)  dinamakan  pula  kaedah  bermain
                  simbolik mengikut (Piaget, 1962) dapat ditakrifkan sebagai aktiviti yang bersesuaian dan

                  menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam keseluruhan peringkat awal
                  perkembangan  kanak-kanak  termasuk  kanak-kanak  di  prasekolah.  Kaedah  bermain

                  dramatik  ini  digunakan  pula  dalam  kajian  ini  untuk  mengenalpasti  sama  ada  konsepsi,
                  kecepakan  dan  motivasi  guru  prasekolah  memberi  impak  dalam  pelaksanaannya  yang
                  kemudian berpengaruh perkembangan kanak-kanak.
                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4
                  272
   288   289   290   291   292   293   294   295   296   297   298