Page 296 - e Prosiding Serai 2021
P. 296

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021
                         Rajah 2 menunjukkan bahawa ujian model struktur bagi bagi konsepsi, kecekapan
                  dan  motivasi  terhadap  penggunaan  kaedah  bermain  dramatik  bagi  kanak-kanak  di
                  Prasekolah Malaysia telah mencapai kriteria yang dicadangkan. Nilai-nilai kriteria seperti

                  CFI (0.913), TLI (0.922), NFI (0.923) dan GFI (0.901) telah melebihi nilai yang dicadangkan
                  iaitu ≥ 0.90, nilai RMSEA = 0.078 (kurang dari 0.085), dan df = 2.94 (kurang dari 4). Model

                  padanan  dalam  kajian  ini  telah  tercapai  dan  dapat  diterima.  Model  padanan  mencapai
                  anggaran berat regresi (regression weight) melalui ujian model persamaan struktur penuh
                  yang ditunjukkan pada Jadual 1 berikut ini.


                         Jadual 1: Berat Regresi untuk Konsepsi, Kecekapan, dan Motivasi dalam

                         meramalkan konstruk bermain dramatik.

           No                                       Estimate    S.E.  C.R.  Nilai-P                   Keputusan



            1  Bermain dramatik  <---  Konsepsi        0.078  0.037 2.125  0.034     Signifikan pada 0.05


                                       K
            2  Bermain dramatik  <---    ecekapan      0.329  0.050 6.620       ***   Signifikan pada 0.01


            3  Bermain dramatik  <---     Motivasi     0.302  0.075 4.039       ***   Signifikan pada 0.01





                         Jadual 1 menunjukkan berat regresi bagi setiap konstruk terhadap konstruk yang
                  dijadikan  sebagai  pembolehubah  bersandar.  Bagi  konstruk  Motivasi,  apabila  Motivasi

                  meningkat sebanyak 1 unit, nilai Bermain dramatik meningkat sebanyak 0.302 unit. Bagi
                  konstruk  Konsepsi  pula,  jika  nilai  Konsepsi  meningkat  sebanyak  1  unit,  nilai  Bermain
                  dramatik meningkat sebanyak 0.78 unit. Untuk konstruk Kecekapan, nilai Kecekapan yang

                  meningkat sebanyak 1 unit, menyebabkan nilai Bermain dramatik meningkat sebanyak .329
                  unit. Kebarangkalian untuk memperolehi ratio kritikal sebanyak 6.620 dalam nilai penuh

                  ialah  0.050.  Dalam  erti  kata  lain,  berat  regresi  untuk  Kecekapan  meramalkan  Bermain
                  dramatik  ialah  berbeza  secara  seerti  dari  sifar pada  paras  0.01(two-tailed).  Begitu  juga
                  untuk konstruk Konsepsi, kebarangkalian untuk memperolehi ratio kritikal sebanyak 2.125

                  dalam  nilai  penuh  ialah  0.037.  Dalam  erti  kata  lain,  berat  regresi  untuk  Konsepsi
                  meramalkan Bermain dramatik ialah berbeza secara seerti dari sifar pada paras 0.05 (two-
                  tailed). Nilai korelasi berganda kuasa dua (R2) bagi pembolehubah bersandar ‘Bermain

                  dramatik’ adalah 65% daripada variannya. Dalam erti kata yang lain, varian ralat untuk
                  Bermain dramatik dinilaikan sebanyak 35% daripada varian Bermain dramatik itu sendiri.



                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4
                  275
   291   292   293   294   295   296   297   298   299   300   301