Page 300 - e Prosiding Serai 2021
P. 300

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021
                  adalah  kepentingan  konsepsi,  kecekapan,  dan  motivasi  guru  prasekolah  dalam
                  melaksanakan kaedah bermain dramatik. Ketiga-tiga konsepsi, kecekapan, dan motivasi
                  guru  prasekolah secara  bersama  berpengaruh signifikan  terhadap  pelaksanaan kaedah

                  bermain dramatik pada pendidikan prasekolah di Malaysia.
                         Implikasi kedua adalah bahawa di antara ketiga-tiga aspek dalam kajian, kecekapan

                  merupakan  aspek  yang  paling  kuat  memainkan  peranan  dalam  melaksanakan  keadah
                  bermain  dramatik  bagi  guru  prasekolah  di  Malaysia.  Ini  bermakna  kecekapan  guru
                  prasekolah dapat terus ditingkatkan secara signifikan. Hal ini akan lebih mudah dilakukan

                  jika  ianya  mendapat  sumbangan  positif  dari  dimensi  pengetahuan  dan  kemahiran  guru
                  prasekolah dengan melalui latihan, pengalaman mengajar dan pengembangan pendidikan

                  yang berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak prasekolah.
                         Implikasi ketiga ialah bahawa bagi melaksanakan kaedah bermain dramatik yang
                  lebih berkesan, maka diperlukan motivasi yang tinggi dari guru prasekolah yang sekurang-

                  kurangnya  dibangunkan  daripada  motivasi  intrinsik  dan  motivasi  ekstrinsik.  Kedua-dua
                  elemen  tersebut  memberi  sumbangan  yang  kuat  kepada  motivasi  guru  prasekolah.
                  Walapun  demikian,  motivasi  ekstrinsik  memberi  sumbangan  yang  lebih  kuat  daripada

                  motivasi intrinsik. Ini bermakna bahawa alasan-alasan yang bersumber dari luaran seperti
                  keinginan  mendapat  penghargaan  dan  penghormatan  dari  guru  besar  serta  keinginan
                  memdapat bayaran yang tinggi berdasarkan hasil pekerjaan.

                         Implikasi keempat ialah bagi melaksanakan kaedah bermain dramatik yang lebih
                  berkesan,  maka  diperlukan  konsepsi  yang  baik  dari  guru  prasekolah  yang  sekurang-

                  kurangnya terdiri daripada elemen kepercayaan dan sikap. Ertinya elemen kepercayaan
                  dan sikap merupakan kedua-dua elemen penting untuk membentuk konsepsi yang baik.
                  Oleh  itu,  untuk  menambahbaik  konsepsi  guru  prasekolah  dalam  melaksanakan  kaedah

                  bermain dramatik, maka kedua-dua elemen kepercayaan dan sikap guru perlu ditingkatkan.
                  Walaupun  demikian,  di  antara  kedua-dua  elemen  tersebut,  elemen  sikap  memberi

                  sumbangan lebih kuat kepada pembentukan konsepsi guru prasekolah daripada elemen
                  kepercayaan.  Salah  satu  sebab  hal  ini  berlaku  ialah  kerana  guru  prasekolah  telah
                  mengambil inisiatif sendiri untuk melaksanakan aktiviti bermain dramatik.



                  KESIMPULAN

                         Secara  keseluruhannya,  kajian  ini  telah  memberikan  satu  gambaran  tentang

                  konsepsi, kecekapan dan motivasi guru prasekolah terhadap penggunaan kaedah bermain
                  dramatik  di  Semenanjung  Malaysia.  Ini  bermakna  konsepsi,  kecekapan  dan  motivasi
                  menjadi  faktor  yang  amat  perlu  dan  penting  dalam  meningkatkan  penggunaan  kaedah

                  bermain dramatik. Oleh itu, seorang guru perlu terlibat secara langsung dalam melihat apa

                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4
                  279
   295   296   297   298   299   300   301   302   303   304   305