Page 298 - e Prosiding Serai 2021
P. 298

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021




                  Pengaruh Motivasi Guru Prasekolah terhadap Kaedah Bermain Dramatik


                  Kajian ini menunjukkan motivasi guru prasekolah di Semenanjung Malaysia mempunyai
                  pengaruh  yang  signifikan  terhadap  penggunaan  kaedah  bermain  dramatik.  Apabila

                  dihubungkaitkan dengan teori Deci dan Ryan (2000), maka keinginan atau kesanggupan
                  yang kuat yang dimiliki oleh guru prasekolah di Malaysia, penggunaan kaedah  bermain
                  dramatik  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  mereka  dapat  berjalan  dengan

                  berjaya.
                         Dapatan kajian ini menyokong pula kajian lepas oleh Mustafa dan Othman (2010)
                  yang menyimpulkan bahawa motivasi guru berpengaruh terhadap apa yang di jalankan

                  dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Motivasi guru perlu terus ditingkatkan untuk
                  mengikuti perkembangan global yang turut berpengaruh pada perkembangan kehidupan
                  masyarakat termasuk di Malaysia.

                         Keputusan  kajian  menunjukkan  pula  bahawa  kedua-dua  motivasi  intrinsik  dan
                  motivasi  ekstrinsik  memberi  sumbangan  atau  sokongan  kepada  pembentukan  motivasi

                  guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah di
                  Semenanjung Malaysia.


                  CADANGAN DAN IMPLIKASI

                  Cadangan


                  Dapatan kajian memberikan gambaran konsepsi, kecekapan dan motivasi guru prasekolah
                  di  Semenanjung  Malaysia  terhadap  kaedah  bermain  dramatik.  Kedua-dua  sub-elemen

                  konsepsi  iaitu  kepercayaan  dan  sikap  adalah  penting  dalam  proses  pengajaran  dan
                  pembelajaran. Konsepsi guru dibentuk oleh kepercayaan dan sikap mereka dalam proses

                  pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimana pun di antara keduanya, sikap memberi
                  sumbangan  yang  lebih  besar  dalam  membentuk  konsepsi  yang  baik  bagi  guru  yang
                  seterusnya berpengaruh kuat terhadap penggunaan kaedah bermain dramatik. Oleh itu,

                  guru  prasekolah  perlu  memberi  fokus  utama  kepada  pengembangan  kepercayaan  dan
                  sikap yang berterusan. Oleh itu, kedua-duanya perlu terus ditingkatkan untuk membantu
                  guru meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri mereka dalam menjalankan proses

                  pengajaran dan pembelajaran.


                         Kecekapan guru prasekolah dalam menjalankan kaedah bermain dramatik adalah
                  penting. Semakin tinggi kecekapan guru adalah semakin berpotensi untuk menjalankan
                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4
                  277
   293   294   295   296   297   298   299   300   301   302   303