Page 428 - e Prosiding Serai 2021
P. 428

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                mengubah pencapaian murid adalah penting disamping melihat kemampuan dan kebolehan
                guru  untuk  melaksanakan  yang  terbaik  demi  menaikkan  prestasi  murid  dalam  penulisan

                karangan. Hal ini diakui Abdul Jamian (2011) bersetuju menyatakan bahawa faktor kebolehan
                dan kreativiti guru dapat mengubah persepsi serta kesedaran bahawa mereka juga mempunyai
                potensi untuk berjaya dalam pembelajaran.

                        Kaedah  mnemonik akronim adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam
                membantu murid menghasilkan pendahuluan karangan dan seterusnya penulisan karangan

                yang baik.  Menurut Mohd Jamil  dan Ab Halim (2018), penggunaan kaedah mnemonik akronim
                mampu  menarik  minat  murid  dalam  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  guru  dan
                meningkatkan daya ingatan murid untuk menguasai sesuatu topik. Kaedah mnemonik juga

                boleh  membantu  murid-murid  daripada  pelbagai  peringkat  sama  ada  pra  sekolah,  sekolah
                rendah, menengah dan pengajian tinggi untuk lebih cepat mengingati semua maklumat yang

                sering digunakan atau diperlukan segera (Amiryousefi & Ketabi, 2011),
                        Perkataan mnemonik berasal daripada bahasa Yunani iaitu mnemosyne yang merujuk
                kepada dewi Yunani kuno yang wujud daripada ingatan (Pal, 2014; Parima, Siros & Ali, 2018;

                Bih & Nurul, 2019). Teknik mnemonik merupakan satu teknik yang efektif dalam meningkatkan
                ingatan individu (Bih dan Nurul, 2019). Teknik mnemonik adalah satu alat bantu mental individu
                untuk membantu individu mengingati maklumat seperti nama, nombor, formula, perkataan baru

                dan  tarikh  sejarah  (Parima  et  al.,2018).  Menurut  Bih  dan  Nurul  (2019),  teknik  mnemonik
                menjadikan proses mengingat menjadi lebih mudah dengan menggunakan prinsip penyatuan
                iaitu  mengaitkan  maklumat  yang  perlu  diingat  dengan  maklumat  yang  lebih  mudah  untuk

                diingat.   Terdapat beberapa teknik mnemonik yang boleh  digunakan seperti kata kunci, loci,
                akronim dan pegword (Mailis, Rahmah & Bansu, 2016; Dicky, Ying, Yulyani & Kelly, 2017) dan

                ia bergantung kepada cara seseorang mengingat sesuatu maklumat kerana setiap individu
                mempunyai cara mengingat yang berbeza (Bih & Nurul, 2019).


                METODOLOGI

                Murid terlebih dahulu diminta menulis pendahulan karangan dengan menggunakan kaedah
                pasang  siap.  Pemerhatian  dicatat  bagi  memudahkan  perbandingan  dan  perbincangan.

                Kemudian  murid  didedahkan  dengan  kaedah  penulisan  pendahuluan  karangan  yang
                menggunakan akronim yang khusus (Rajah 1). Pengkaji menerangkan makna setiap bahagian

                dan  memberikan  contoh  penulisan  pendahuluan  karangan  menggunakan  kaedah  ini
                berdasarkan satu contoh soalan karangan. Murid juga diberikan contoh penulisan pendahuluan
                karangan menggunakan kaedah ‘TeH AtUK (Rajah 2)






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   407
   423   424   425   426   427   428   429   430   431   432   433