Page 737 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 737

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               adalah  lebih  kecil  daripada  nilai  0.05  yang  ditetapkan.  Dapatan  ini  menunjukkan  terdapat
               perbezaan yang signifikan antara min skor pelajar beragama Islam dengan pelajar bukan

               Islam terhadap Rang Undang-Undang Akta 355. Skor min pelajar beragama Islam ialah 4.19
               berada pada tahap tinggi iaitu lebih tinggi berbanding pelajar bukan beragama Islam iaitu 1.96
               yang berada pada tahap rendah. Dapatan ini menunjukkan pelajar beragama Islam bersetuju

               Rang Undang-Undang Akta 355 dilaksanakan, berbanding pelajar bukan Islam yang tidak
               bersetuju.

                       Persoalan  kajian  keempat  pula,  prosedur  analisis  Anova  untuk  mengenalpasti
               kewujudan perbezaan min skor persepsi para pelajar berdasarkan kaum Melayu, Cina dan
               India terhadap pelaksanaan Rang Undang-Undang Akta 355. Jadual 4.12 menunjukkan nilai

               p  =  0.00,  dan  t <0.05.  Dapatan  ini  menunjukkan  nilia  signifikan  adalah  lebih  kecil  (0.00)
               daripada  nilai  signifikan  (0.05)  yang  ditetapkan.    Hasil  analisis  ini  menunjukkan  terdapat

               perbezaan  yang  signifikan  antara  min  skor  persepsi  pelajar  terhadap  RUU  Akta  355
               berdasarkan  kaum.  Hal  ini  menunjukkan  pelajar  kaum  Melayu,  Cina  dan  India  memberi
               persepsi yang berbeza terhadap pelaksanaan Rang Undang-Undang Akta 355. Jadual 4.11

               menunjukkan skor min pelajar kaum Melayu berada pada tahap tinggi iaitu 4.19 (tinggi) diikuti
               pelajar kaum India pelajar 2.10 (sederhana rendah) dan pelajar kaum Cina 1.78 (rendah).
               Purata skor min keseluruhan ialah 3.17 (sederhana tinggi).

                       Pengkaji  telah  melaksanakan  ujian  post  hoc  (Tukey  HSD)  untuk  mengenalpasti
               perbezaan pertsepsi yang wujud antara ketiga-tiga kaum. Jadual 4.13 menunjukkan wujud
               perbezaan yang signifikan persepsi terhadap Rang Undang-Undang Akta 355 antara pelajar

               kaum Melayu dengan pelajar kaum Cina. Analisis data menunjukkan nilai p = 0.00, iaitu t
               <0.05  dengan  perbezaan  min  sebanyak  2.41.  Hasil  analisis  juga  menunjukkan  wujud

               perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan pelajar kaum India iaitu p =
               0.00, iaitu t <0.05 dengan perbezaan min sebanyak 2.09. Namun begitu, hasil analisis data
               menunjukkan  situasi  yang  agak  sama  antara  pelajar  Cina  dan  India  iaitu  tidak  wujud

               perbezaan yang signifikan persepsi terhadap Rang Undang-Undang Akta 355 antara pelajar
               kaum Cina dengan pelajar kaum India dengan nilai p=0.417, dan t>0.05 dengan perbezaan

               min  sebanyak  0.32.  Hal  ini  menunjukkan  pelajar kaum  Cina  dan  India di  Fakulti  Undang-
               Undang  sebuah  IPTA  di  Selangor  mempunyai  persepsi  yang  sama  iaitu  tidak  bersetuju
               terhadap pelaksanaan Rang Undang-Undang Akta 355. Sebaliknya, pelajar di FUU daripada
               kaum Cina dan India mempunyai persepsi yang berbeza berbanding pelajar Melayu dengan

               terhadap RUU Akta 355.
                       Dapatan ini menunjukkan pembolehubah kaum yang terdiri daripada kaum Cina dan

               India serta pemboleh ubah penganut agama bukan Islam memberi pendapat yang sama iaitu
               tidak bersetuju pada tahap tinggi (Cina) dan sederhana tinggi (India) terhadap pelaksanaan
               RUU  Akta  355.  Dapatan  ini  selari  dengan  kenyataan  Ahmad  Suhale  Adnan  (2017)  yang


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                716
   732   733   734   735   736   737   738   739   740   741   742